View: 1712|Reply: 12
|
"Tolong Mak, Jangan Gaduh," Staf Klinik Mengamuk Sampai Tendang Baby Stroller
[Copy link]
|
|
Pada hari Isnin yang lepas, viral satu video di media sosial berkenaan dengan seorang staf klinik yang mengamuk kepada pelanggan sehingga menendang kereta sorong bayi. Hal ini telah mengundang kritikan daripada netizen.
Kejadian itu telah dikongsikan menerusi satu video di Facebook Wake Up, Singapore yang menunjukkan 2 orang wanita sedang bergaduh. Budak lelaki yang dipercayai anak pelanggan tersebut telah meminta mereka untuk berhenti bergaduh namun tidak didengari.
Apabila melihat tindakan staff itu, ramai netizen mengecam klinik di Bukit Katok, Singapura itu dengan memberi review 1 star di google review.
Tetapi jangan risau, ada satu lagi video dimuatnaik yang dipercayai video sebelum berlakunya kes pertengkaran itu.
Menerusi video itu, kelihatan staff dan pelanggan itu sedang berkomunikasi sebelum pelanggan itu melemparkan kertas kepada staff tersebut.
Akibat tidak tahan dengan tindakan pelanggan itu, staff klinik tersebut mula melawan dengan mengancam untuk melemparkan satu objek kepada pelanggan itu sebelum mereka sama-sama keluar dari klinik dan terjadilah insiden staff menendang stroller itu.
Menurut info dari The Independent, anak kepada pelanggan itu merayu dan berusaha untuk meleraikan pertengkaran itu namun semuanya sia-sia kerana mereka berdua sudah bertekak.
Namun apabila melihat kedua-dua video tersebut, ramai yang mengatakan bahawa pelanggan itu tiba-tiba berubah jadi 'lemah lembut' setelah menyedari perbuatan mereka sedang dirakam.
Menurut sumber, ada yang mengatakan bahawa insiden itu berpunca daripada isu MC. Namun, pihak klinik tersebut telah tampil untuk membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Facebook mereka. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
mummy kau memang boleh jadi pelakon dekk...duk cakap y so rude y so rude, yg ko baling2 kertas n barang kat kaunter tu polite sgat lahh ? selayaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian anak nyonya ni.
Malu dpt mak mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti yg bg rating 1☆ kat klinik tu nyesal kan |
|
|
|
|
|
|
|
Cina sama cina gaduh ckp bahasa cina la.
Lg senang tiktoker nk letak subtittle. Ni ckp bi tunggang langgang, satu happah jadi x fhm
Chinese preferred |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa: Anak dia cakap "You are peanut ...
Aku pun dgr peanut ahhahah.
Tp tu stroller sapa dia tendang |
|
|
|
|
|
|
|
video pertama : ternyata pelanggan tu yang biadap dan provoke staff tu
video kedua : ternampak orang record video diorang bergaduh, "Why you're so rude?". dan-dan lah kau play victim.
budak tu dah mesti dah terbiasa tengok mak dia selalu cari pasal dengan semua orang.
sebab tu dia menangis merayu kat staff tu jangan bergaduh dengan mak dia.
in the first place, kalau budak tengok mak pak diorang bergaduh, diorang akan kaku, freeze, otak jadi slow jap sebab nak hadam. lagi2 bila dua orang dewasa jadi agresif, mesti nangis, jauhkan diri.
tapi ni tak, dia sendiri halang orang asing daripada dekat dengan mak dia.
poor child..
kepada mak tu, harap beg kesayangan ko yang paling mahal rosak digigit anjing jalanan |
|
|
|
|
|
|
|
According to Coconuts.co, the argument started with a medical leave issue tak dapat mc pastu campak kertas kat clinic staff? pastu ko expect staff tu akan senyum meleret2?
|
|
|
|
|
|
|
|
Staff klinik mmg pkai t-shirt je ker |
|
|
|
|
|
|
|
Klau uol tngok video Karen kat YT, anak2 kpda golongan Karen ni mmg malu ada mak jnis cmni & ada yg minta maaf kat tukng rekod & explain yg mak dorg mmg brprangai cmtu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak2 kpada golongan Daren & Karen mmg x suka bila mak pak dorg buat hal kat public.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|