CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 417|Reply: 0

[Kedah] 7 beranak terpaksa merangkak atas kayu pulang ke rumah

[Copy link]
Post time 19-4-2022 11:42 PM | Show all posts |Read mode
SIK: "Sudah lapan kali kami bina titi bagi menyeberang sungai, namun sia-sia apabila kerap dihanyutkan air sungai setiap kali hujan lebat," kata Maizura Mohammad Mahdzir, 39.

Ibu lima anak itu berkata, titi kecil berkenaan menjadi satu-satunya laluan untuk keluarganya termasuk suami, Badrul Hisham Azemi, 44, pulang ke rumah yang terletak di kebun getah berdekatan Kampung Banggol, Jeneri.

Katanya, setiap kali titi kira-kira tiga meter itu hanyut, dia dan anak berusia antara empat hingga 16 tahun terpaksa merangkak di atas batang kayu untuk menyeberang anak sungai kerana tiada laluan lain ke rumah mereka.

"Kami tidak ada pilihan selain tinggal di rumah yang dibina di kebun getah milik suami sejak 13 tahun lalu. Malah suami juga menderita penyakit saraf selepas terjatuh di tempat kerja lima tahun lepas, menyebabkan pergerakan tangannya terbatas.


"Saya terpaksa uruskan semua anak, termasuk menghantar dan mengambil mereka di sekolah setiap hari.

"Akibat titi tak kukuh, saya terpaksa tinggalkan motosikal di seberang sungai sebelum berjalan pulang," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Maizura berkata, suaminya pernah membina titi simen kira-kira enam tahun lalu, namun runtuh selepas berlaku hakisan tebing di sungai berkenaan.

"Saya bimbang keselamatan anak yang terpaksa melalui titi itu setiap hari, jika berlaku sesuatu kejadian buruk memang tiada siapa akan menyedarinya kerana rumah kami jauh daripada rumah penduduk lain.

"Bulan lalu, semua anak tidak dapat ke sekolah seminggu selepas titi pecah dan hanyut. Saya terpaksa minta tolong saudara bina semula titi kayu supaya kami dapat keluar," katanya.

Selain itu, Maizura dan keluarganya hidup dalam serba kekurangan kerana hanya mendapat upah RM500 sebulan bagi menjaga kolam udang berdekatan rumah.

"Suami ada terima bantuan bulanan RM650 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dia sepatutnya menjalani rawatan fisioterapi setiap bulan, namun sudah setahun dia tidak ke hospital kerana kami tiada kenderaan.

"Februari lalu, anak bongsu dipatuk ular. Mujur ada jiran yang kebetulan baru balik menoreh bantu dukung anak menyeberang sungai untuk dibawa ke hospital," katanya.


Maizura bersama anak bongsu, Nur Afza Syaziyah melalui titi kayu untuk ke rumah di Kampung Banggol, Jeneri. Foto Noorazura Abdul Rahman
https://www.bharian.com.my/berit ... ayu-pulang-ke-rumah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.069181 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list