CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 392|Reply: 0

[Kedah] 'Kalau tak dapat sumbangan, tak pakai baju raya tahun ini'

[Copy link]
Post time 19-4-2022 03:56 PM | Show all posts |Read mode

NASARUDDIN (kiri) membantu anak yatim, Muhammad Rizmi Safuan mencuba baju raya pada Program Sinaran Kasih 2022 di Langkawi. FOTO Hamzah Osman

Langkawi: "Kalau tak dapat sumbangan, tak pakai baju raya baharu tahun ini," kata anak yatim, Muhammad Rizmi Safuan Rahani, 10.

Muhammad Rizmi antara 45 murid keluarga B40, anak yatim dan asnaf yang teruja menerima bantuan Aidilfitri pada Program Sinaran Kasih 2022, di sini, hari ini.

Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, bapanya meninggal dunia akibat kanser dua tahun lalu, menyebabkan ibunya, Rosmida Taib, 51, terpaksa menyara dia bersama dua abang dan tiga kakak bersendirian.

"Selepas ayah tiada, makan minum dan belanja sekolah kami bergantung kepada upah ibu yang bekerja di kedai menjual santan. Abang sulung sebagai pemandu lori.

"Memang seronok dapat sumbangan hari ini, saya dapat beli baju raya berwarna biru, songkok, samping, tali pinggang, stokin dan kasut mengikut kehendak sendiri," katanya yang juga murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Kelibang.

Turut menerima sumbangan RM150 berkenaan adalah murid autisme, Wan Ahmad Rizqdanny Wan Mohd Fahmy, 9, juga dari SK Kelibang.

Program berkenaan adalah anjuran anak syarikat Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) iaitu Langkawi Port Sdn Bhd (Langkawi Port) dengan penerima sumbangan terdiri daripada murid SK Seri Negeri, SK Kelibang dan SK Sungai Menghulu.

Setiap penerima menerima baucar disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Lada, Nasaruddin Abdul Muttalib, yang kemudian diguna bagi membeli baju dan persiapan lain sempena sambutan Aidilfitri bulan hadapan.

Nasaruddin berkata, semua murid yang menerima baucar berkenaan dibawa ke pusat beli-belah supaya mereka dapat memilih sendiri baju digemari.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... baju-raya-tahun-ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.053661 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list