CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 313|Reply: 0

[Terengganu] Polis ambil keterangan kumpulan lelaki berbuka puasa atas jambatan

[Copy link]
Post time 18-4-2022 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Berang: Polis sudah mengambil keterangan sekumpulan lelaki yang dikesan berbuka puasa di Jambatan Kampung Dusun di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pihaknya sudah memanggil lima daripada 11 lelaki yang terbabit sebaik mengesan penyebaran video berdurasi 12 saat di aplikasi Tik Tok kelmarin.

Katanya, mereka yang berusia antara 19 hingga 26 tahun dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu untuk diambil keterangan mengenai kejadian berkenaan yang berlaku.

"Kita tidak mengambil sebarang tindakan sebaliknya hanya memberi nasihat kepada kumpulan berkenaan.

"Bagaimanapun, tindakan saman di bawah Kaedah 50 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN 166/1959) boleh dikenakan jika mereka atau ada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan sama.

"Kita memandang serius isu sebegini kerana ia bukan hanya berisiko kepada individu itu sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang dikesan tidak mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... puasa-atas-jambatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.053836 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list