CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Pulau Pinang] CAP gesa pencemaran Sungai Merbok ditangani

[Copy link]
Post time 16-4-2022 09:20 AM | Show all posts |Read mode

Mohideen Abdul Kader.

Georgetown: Beratus nelayan termasuk penternak ikan dalam sangkar di Sungai Merbok dekat Sungai Petani, Kedah, terjejas sumber pendapatan berikutan ancaman pencemaran yang semakin serius.

Masalah berkenaan disyaki berpunca daripada sisa buangan dari bandar Sungai Petani, sisa racun dari kawasan sawah, sisa buangan kilang getah dan sisa buangan dari kolam ternakan udang.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohideen Abdul Kader berkata, menerusi tinjauan, nelayan mendakwa masalah yang berlaku sejak lebih 10 tahun lalu itu menyebabkan ikan, udang dan ketam di dalam sungai berkenaan mati dan semakin pupus.

Katanya, CAP memandang serius kejadian itu dan menggesa kerajaan negeri Kedah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jabatan dan agensi berkaitan supaya menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti pihak bertanggungjawab yang melakukan pencemaran ke atas sungai berkenaan.

"Tindakan tegas undang-undang perlu dikenakan ke atas mereka yang terbabit selain pemantauan berterusan oleh pihak berkuasa supaya kejadian ini tidak berulang.

"CAP bimbang jika punca kejadian ini tidak ditangani dengan berkesan, bukan sahaja alam sekitar akan tercemar dengan lebih serius lagi pada masa akan datang tetapi nelayan dan penternak di sungai ini juga mungkin terputus mata pencarian," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu Mohideen berkata, CAP meminta pihak berkaitan supaya mendedahkan hasil siasatan punca yang menyebabkan pencemaran Sungai Merbok ini berlaku selain tindakan yang diambil.

"Manakala nelayan dan penternak terjejas sumber pendapatan wajar diberi pampasan bagi meringankan beban kehidupan yang terpaksa ditanggung selama ini," katanya lagi.

Sementara itu, Abdullah Baharom, 58, yang bekerja sebagai nelayan berkata air sungai berkenaan bertukar warna menjadi kehitaman setiap kali berlaku pencemaran.

Katanya, masalah itu sudah beberapa kali diadukan kepada pihak berkenaan tetapi tiada tindakan yang diambil.

"Jika pencemaran tidak berlaku, hasil tangkapan yang diperoleh ialah antara 20 kilogram (kg) hingga 30kg sehari tetapi sekarang kami hanya mampu meraih sekitar tiga hingga empat kg sehari sahaja," katanya.

Sementara itu Sharudin Salleh, 46, berkata, ikan, udang dan ketam di Sungai Merbok yang menjadi sumber tangkapan utama mereka kini diancam kepupusan akibat pencemaran berkenaan.

"Kami kesal kerana walaupun masalah ini sudah lama menjejaskan sumber pendapatan dan kehidupan penduduk, namun tidak ada mana-mana pihak kerajaan yang bertanggungjawab mengambil tindakan bagi mengatasinya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ai-merbok-ditangani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.048784 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list