CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pembangunan semula Burmah Square belum diluluskan

[Copy link]
Post time 14-4-2022 03:49 PM | Show all posts |Read mode

Kon Yeow (kiri) melihat tapak projek yang akan dibangunkan oleh Cainiao nanti.

BAYAN BARU- Pembangunan semula di Burmah Square di Jalan Burmah tidak akan dijalankan dalam tempoh terdekat berikutan kerajaan Pulau Pinang melalui agensi berkaitan kerajaan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) akan meneliti beberapa perkara terlebih dahulu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sehingga kini, projek pembangunan di kawasan itu belum bermula malah belum diluluskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Menurutnya, bagaimanapun PDC dan konsultan sudah mengemukakan permohonan untuk mendapat kebenaran merancang namun ia menjadi satu keperluan undang-undang untuk memaklumkan cadangan pembangunan tersebut kepada lot-lot jiran mengenainya.

Katanya, setakat ini, proses pemberitahuan itu belum selesai.

"Status terkini tentang projek pembangunan semula ini adalah belum diluluskan. Ia hanya akan bermula sekitar tahun 2024 atau 2025. Tambahan pula, projek ini melibatkan kes sampingan (mahkamah) yang melibatkan saya, kerajaan dan PDC.

"Selain itu, projek ini akan bermula dengan permohonan kebenaran merancang. Bagi penyewa sedia ada pula, setelah mereka tahu tentang cadangan projek ini, PDC sudah buat perbincangan untuk memberikan lanjutan penyewaan dan diskaun.

"PDC akan menimbang rayuan-rayuan ini. Apa-apa pun, projek ini tidak akan bermula dengan segera. Paling awal, pada 2024 atau 2025 atau lebih (lama) lagi. Sementara itu, kita boleh meneliti beberapa perkara seperti komponen reka bentuk dan sebagainya," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Memorandum Persefahaman antara PDC dan Cainiao di PDC di sini pada Khamis.

Sebelum ini, Penasihat Penang Citizen Awareness Chant Group (Chant), Yan Lee mendedahkan bahawa Burmah Square akan menjalani pembangunan semula iaitu bermula dari Jalan Burmah, Jalan Chow Thye, Jalan Irrawaddy dan Jalan Servis yang menempatkan kuarters kerajaan yang dibina pada 1920-an.

Yan Lee berkata, cadangan pembangunan itu dikhuatiri akan menyebabkan nilai sejarah kawasan tersebut yang menempatkan bangunan warisan kategori dua akan lenyap.

Mengulas mengenai bangunan warisan di kawasan berkenaan, Kon Yeow berkata, ulasan daripada MBPP sudah diperoleh yang mana terdapat bangunan di situ yang dikategorikan sebagai kategori dua.

"Sebagai satu proses perancangan, ulasan daripada MBPP sudah diperoleh. Walaupun ada melibatkan bangunan kategori dua, itu tidak bermakna ia tidak boleh dibangunkan semula.

"Ada garis panduan yang perlu dipatuhi seperti mengekalkan luaran bangunan selain membangunkan semula pada bahagian belakang. Setakat ini apa yang dilakukan oleh PEC dengan peruntukan ini sememangnya perlu mematuhi garis panduan atau sekatan bangunan," katanya.

Kon Yeow menambah, walaupun projek tersebut tiada pelan tempatan pembangunan, ia masih mempunyai pelan struktur dan garis panduan yang perlu dipatuhi.

"Ada dakwaan kononnya jika tiada pelan tempatan pembangunan, maka kita buat apa yang kita mahukan. Ini tidak benar kerana kita masih mempunyai pelan struktur dan garis panduan pembangunan yang perlu dipatuhi.

"Antara syarat yang perlu dipatuhi adalah ketumpatan (density) dan nisbah plot yang mengawal pembangunan. Itu lah kedudukan projek ini sekarang. Selain itu, MBPP sedang memuktamadkan Draf Rancangan Tempatan MBPP 2030.

"Kita sudah memberi maklum balas penyediaan rancangan tempatan yang masih berjalan bagi di kawasan pulau dan seberang," katanya.

Sebelum ini, PDC mengesahkan akan mengekalkan dan membaik pulih deretan 19 unit bangunan di Burmah Square di sini yang dikategorikan sebagai bangunan warisan kategori dua dalam cadangan pembangunan semula kawasan terbabit.

Kira-kira 30 penyewa premis perniagaan di Burmah Square mendakwa menerima e-mel daripada pengurusan PDC yang meminta mereka mengosongkan premis pada 1 Januari 2022.

Pengosongan premis itu dikatakan dijalankan bagi memberi laluan kepada PDC untuk melaksanakan projek pembangunan baharu setinggi 42 tingkat di kawasan berkenaan.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... re-belum-diluluskan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.138453 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list