Warga TikTok menjadi saksi tumpahnya air mata seorang bapa apabila dia gagal menahan emosi kerana terlalu merindui anak-anaknya.
Dalam tempoh kurang 24 jam selepas dikongsi, video itu meraih sejuta tontonan serta dihujani ribuan komen netizen.
Dikenali sebagai Muhammad Anas Ariqin, lelaki itu dilihat sedang memanjatkan doa agar dipertemukan semula dengan anak-anaknya sambil menangis teresak-esak.
"Ya Allah ya tuhanku. Aku rindukan anakku ya Allah. Ya Allah... ya Allah... ya Allah, kau pertemukanlah aku dengan anakku ya Allah. Aku tak mampu ya Allah.
"Subhanallah, aku cuba lupakan tapi tak daya, aku tak mampu ya Allah. Kenapa anak-anak aku sanggup tinggalkan aku? Kenapa anak aku sanggup lupakan aku? Aku tak sanggup ya Allah," ujarnya.
Menerusi ruangan komen, lelaki itu sempat membalas beberapa komen netizen dan bercerita serba-sedikit mengenai situasi yang dilaluinya.
Dia mendakwa sudah berpisah dengan isterinya selepas jatuh sakit pada tahun 2014.
"akcik ada sakit jantung. Pada 7 Mei 2014 saat pakcik koma 53 hari, apabila isteri dapat tahu dia minta pisah, saat itulah pakcik mula derita," ujarnya.
Dalam satu video berlainan, lelaki itu berkata dia sudah lama tidak berhubungan dengan anak-anaknya.
"Dulu waktu sahur atau berbuka selalu anak abah akan call ingatkan abah jangan lupa makan ubat.
"Sekarang sepi hilang semua tu. Semoga anak-anak abah sihat ya," tulisnya pada kapsyen video.
Lebih memilukan apabila lelaki berkenaan mendakwa anak-anaknya menyekat nombor telefon bimbitnya.
"Dia dah blocked semua nombor pakcik ni... dia malu jumpa pakcik," katanya lagi.
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati mereka atas nasib yang menimpa lelaki berkenaan.
Malah, ramai netizen turut menitipkan doa agar lelaki itu dapat disatukan semula dengan anak-anaknya suatu hari nanti.
"Ya Allah lembutkanlah hati anak-anak abah supaya terbuka hati anak-anaknya untuk pulang bertemu abah. Amin.
"Wahai warga TikTok. Mohon sebarkan berita dari pakcik ni secepat mungkin. Moga Allah permudahkan urusan kalian semua.
"Kalau anak pakcik ni tengok video ni, tolong la jumpa abah tu, kesian dia menanggung rindu. Takut kifarah kepada kamu nanti.
"Kesiannya. Ya Allah ya Rahman Ya Rahim. Kau lembutkanlah hati anak-anak pakcik ni sebelum Syawal tiba," tulis beberapa netizen.
Sokongan yang diterima lelaki itu menerusi TikTok turut membolehkan dia mengumpul lebih 13,000 pengikut. -CARI
Post time 8-4-2022 05:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Masa muda2 dl ape pakcik buat kat anak bini yer ? Nafkah keperluan anak cukup tak ? Ade maki hamun pukul bagai tak ? Aku payah nak pcaya dah sbnrnya, banyak dah kes...
Kat FB bebaru ni si bapak rancak mohon bantuan sana sini, kata anak2 abaikan, pastu dia kawin baru, dgn anak2 tiri dia ajar buat video minta bantuan kata dah lama tak makan...... Payah aku nak husnuzon skrg ni....
Post time 8-4-2022 11:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pernah ade kes dlu bapa rogol and liwat anak... Bini minta cerai. So yg ini ak nk kne husnuzon x? Sbb sempat jugak die buat tiktok menangis bagai. Knape xmohon dkt tuhan. Maybe nk bantuan semua carikan kot yeee?
Dlu ada artikel yg lbih kurg camni tpi critanya psl sorg bapak tinggl kat rumh org tua pstu ank2 x prnh dtg mlawat & then netz cam biasalah, kecam anak2 x knang budi ke camtu (x ingt sngt psl ni psl dh lma) & then ada forumer komen bgithu yg org tua ni klau anak2 tingglkn, biasanya sbb c bapak msa muda2 dlu sllu dera anak2. Jdi bila anak2 dh bsar, dorg boleh smpai hti tingglkn bapak dorg sorg2 kat rumh org tua sbb kisah lalu. Jdi mmg btullah bila forumers sini bgithu msti nak dngr dlu crita dri pihak sblah sna klau crita jnis cmni kena up.
Post time 9-4-2022 09:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ada berita dulu lelaki ni kena penjara sebab kes rogol anak sendiri kot..bila dah dibebaskan dia kata nak balik kat keluarga, harap anak2 dapat maafkan dia..jadi sebelum kecam, sila dengar cerita sebelah lagi..skang ni zaman nak buat content semua, netizen pon acah terpaling sangat mengomen macam hidup dia perfect 200%
Post time 9-4-2022 11:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Better dengar cerita belah ank2 dulu sebelum hencap anak2 sbg tak bertanggungjawab. Byk sgt dah kes bapak tua merintih hidup dlm kesusahan dan sebatang kara kenonon dibuang anak2, padahal zaman muda2 dulu, perangai si bapak mcm setan. Allah ni adil, kalo dedolu bapak jaga dan ambik peduli psl anak2, Inshaa Allah waktu tua..anak2 boleh jaga dan bela bapak.
Ambik kes tokki dah la....bukan main lg org kecam ank2 dia sbb tk peduli siayah hinggakan ayah merempat di pondok usang....padahal anak2 dan sibekas bininya shj yg tahu betapa deritanya hidup dorg dulu, bapak popular berduit tp anak bini diabaikan....terkontang kanting bini cari duit sengsorang nak sara anak2.