View: 1132|Reply: 6
|
Sahur ‘berdarah’, satu keluarga panik rumah dirompak – “Bapa kena 10 jahitan..”
[Copy link]
|
|
Sahur ‘berdarah’, satu keluarga panik rumah dirompak – “Bapa kena 10 jahitan..”
Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila rumah mereka dipecah masuk seorang perompak bersenjatakan pisau di Kampung Laut, Wakaf Bharu, Kelantan awal pagi semalam.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Nur Solehah berkata, kejadian sekitar jam 4.45 pagi itu dipercayai berlaku selepas suspek memecah masuk melalui grill tingkap kediamannya.
Nur Solehah berkata, ibu bapanya bergelut dengan suspek sehingga berlumuran darah sebelum dia segera menghubungi pihak polis ketika menyedari bunyi bising di tingkat bawah.
“Tak boleh bayang perasaan mak ayah yang nampak pergelutan tu. Mak turun sebab bunyi bising kat bawah dan tengok darah dah banyak atas lantai. Ingat kena perut ke apa. Masa tu ayah suruh mak naik telefon polis.
“Dan perompak tu datang dekat mak tapi tak buat apa2. Mujur la dia tak tikam mak Masa bunyi bising tu, saya cepat2 keluar bilik n turun tapi mak tak bagi dan suruh telefon polis.
“Tapi perompak tu dang lari. Tak logik seorang diri sebab grill tu kecik sangat. Mesti ada orang kat luar yang tolak dia masuk,” katanya.
Difahamkan, jari bapanya mengalami kecederaan sehingga menerima 10 jahitan ketika dirawat di Hospital Tumpat namun bersyukur kedua orang tuanya masih dipanjangkan usia.
“Alhamdulillah Allah panjangkan umur lagi. Allah selamatkan lagi nyawa kami semua walaupun jari ayah kena pisau, kena 10 jahitan. Doakan tiada kesan kepada penyakit lain dan cepat sembuh.
“InsyaAllah. Alhamdulillah tak dang rompak apa2 pun. Jiran terkejut ada tangga kat tingkap rumah dia. So rasanya dia aim rumah jiran dulu tapi tak berjaya. Tu try rumah lain. Wallahualam,” ujarnya.
Tambah Nur Solehah, dia meminta penduduk setempat berhati-hati sekiranya mencurigai sesuatu apatah lagi perompak terbabit memakai topeng sekali gus sukar untuk dikenali.
“Saya share sebagai peringatan untuk semua especially penduduk Kampung Laut. Kalau ada syak apa2, kemungkinan suspek yang sama. Suspek bertopeng, tak nampak muka. Bulan puasa ni dia main kotor pulak.
“Harap2 Allah permudahkan, beri petunjuk untuk tangkap penjenayah ni. Hati2 semua. Moga Allah lindung kita semua. InsyaAllah,” kongsinya.
Posting tersebut menerima sebanyak 3,400 perkongsian dan lebih 500 komen netizen yang rata-rata turut meminta ahli keluarga masing-masing berwaspada selain mendoakan keluarga mangsa dipermudahkan segala urusan.
Sumber: Facebook Nur Solehah
|
|
|
|
|
|
|
|
musim-musim perayaan ni memang segala perompak pencuri akan keluar buat kerja..
berhati-hati la semua ye..
|
|
|
|
|
|
|
|
kg laut ni bukan kg buat serunding ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya mak ayah.
Setan sunguh laa perompak tu |
|
|
|
|
|
|
|
nauzubillah, mintak dijauhkan dari kita dah ahli keluarga kita semua |
|
|
|
|
|
|
| |
|