|
![](https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/WhatsApp-Image-2022-04-02-at-9.24.40-AM.jpeg)
SALAH sebuah rumah yang rosak akibat ditimpa pokok tumbang dalam kejadian ribut di daerah Kuala Muda semalam.
SUNGAI PETANI: Sebanyak 148 buah rumah dan premis mengalami kerosakan dalam kejadian ribut di daerah Kuala Muda sehingga pukul 8 malam tadi.
Kejadian kira-kira pukul 2 petang semalam melibatkan rumah di lima taman perumahan dan sebuah kampung selain dewan orang ramai dalam Mukim Sungai Petani.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, lima taman perumahan terjejas ialah Taman Seri Impian membabitkan 81 rumah, Taman Sutera Jaya (27), Taman Songket (30), Taman Songket Indah (4) dan Taman Sari (2).
“Selain itu, turut terjejas ialah Kampung Mandi Lembu membabitkan tiga buah rumah serta Dewan Orang Ramai Taman Seri Impian,” katanya di sini hari ini.
Kata beliau, kerosakan berlaku dalam kejadian hujan lebat beserta angin kencang selama lebih sejam.
“Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) melakukan kerja-kerja memotong dan membersihkan pokok tumbang,” jelasnya.
Tambahnya, keadaan terkawal dan tiada mangsa dilaporkan cedera. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... lam-kejadian-ribut/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|