View: 366|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
14,744 asnaf di Pulau Pinang terima zakat tambahan
[Copy link]
|
|
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, Amran Hazali
BUKIT MERTAJAM: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) melalui Zakat Pulau Pinang (ZPP) akan mengagihkan Saguhati Nur Ramadan berjumlah hampir RM4.55 juta kepada 14,744 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf di bawah kategori fakir dan miskin di negeri ini.
Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Amran Hazali, berkata ia adalah zakat tambahan yang diagihkan pada setiap tahun menjelang bulan Ramadan.
"Penerima akan menerima wang tunai dan hamper makanan dengan harapan agihan zakat ini dapat meringankan beban golongan sasar ketika menyambut Ramadan.
"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar zakat kerana menunaikan zakat di ZPP.
"Saya berharap lebih ramai individu dan syarikat korporat tampil menunaikan zakat bagi membantu ZPP meneruskan agenda membela golongan asnaf di Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Terdahulu, ZPP berjaya mengutip RM147.2 juta zakat secara keseluruhannya sepanjang tahun lalu dengan jumlah pembayar zakat seramai 74,183 orang.
Jumlah kutipan meningkat 12.5 peratus berbanding kutipan pada 2020 iaitu sebanyak RM130.8 juta membabitkan 70,677 pembayar zakat.
Bagi agihan dana pula, sebanyak RM141.5 juta zakat diagihkan sepanjang tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 11.8 peratus berbanding RM126.6 juta pada 2020.
https://www.bharian.com.my/berit ... rima-zakat-tambahan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|