CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2695|Reply: 21

Rugi RM19k Pelanggan Edit Resit, Salah Seorang Scammer Adalah Kenalan Isteri

[Copy link]
Post time 1-4-2022 10:59 AM | Show all posts |Read mode


Seorang pemilik kedai kek dikenali sebagai Megat Ad kerugian sebanyak RM19,000 selepas menjadi mangsa penipuan tiga individu berbeza yang membuat tempahan kek dan berpura-pura sudah membuat bayaran dengan menghantar resit palsu sebagai bukti.


Menerusi Twitter, pemilik kedai kek SugarCandy itu berkongsi cerita mengenai kes pertama membabitkan seorang pelanggan yang membuat tempahan sebanyak 11 kali untuk beberapa jenis kek antaranya kek Pinata dan Pull Money.


Kata Megat, dia terus membuat laporan polis selepas menyedari dirinya sudah ditipu. Seminggu selepas laporan sudah dibuat, pelanggan yang sama sekali lagi membuat tempahan kek Pinata yang diisi dengan wang berjumlah RM2,000.


"Dia tak tahu kerja dia dah kantoi. Kami kumpul segala maklumat yang ada. Bawa bukti dan saya menyamar sebagai penghantar. Sebelum nak datang, saya dah call number IO yang polis beri ajak join sekali jumpa suspek tapi dia busy tak angkat call," katanya.


Sebaik saja wanita berkenaan mengakui perbuatannya, Megat kecewa mengenangkan dia dan pekerja lain bertungkus-lumus menyiapkan tempahan seperti yang dikehendaki namun wanita tersebut tanpa rasa bersalah menipu mereka.


Wanita berkenaan diminta untuk membuat pembayaran dalam tempoh 30 minit namun gagal atas alasan tidak mempunyai wang dan belum bersedia untuk memaklumkan suami mengenai perkara tersebut.





"Sampai kat balai polis, ada husband dia dah sampai dulu sebab katanya kerja dekat dengan balai tu. Polis bagi pilihan untuk settle tepi dengan cara bayar penuh atau sikit-sikit atau nak suspek masuk lokap, tahan reman dan naik kes mahkamah. Kami bincang dua jam kat luar," katanya.


Megat terpaksa memanggil pihak polis berhubung hal itu dan disebabkan masih tidak dapat menjelaskan jumlah tersebut, pemilik kedai kek itu memutuskan untuk mengikut prosedur pihak polis untuk sekali lagi ke balai polis untuk membuka fail siasatan.




Berhadapan dengan beberapa kesukaran sepanjang berurusan dengan pihak polis kerana harus mengikut prosedur yang ditetapkan, namun dia lega kerana kes pertama sudah selesai dan d hanya perlu menunggu kes itu di bawa ke mahkamah.


"Esoknya kami sekali lagi ke balai polis untuk bertemu dengan IO. Kami jawab semua soalan yang diajukan dan serahkan bukti. IO tunjukkan bukti penangkapan yang tertera nama penuh dan nombor kad pengenalan suspek. Dia kata suspek kena tahan reman empat hari untuk soal siasat dan kes akan naik mahkamah dalam tiga atau empat bulan lagi.


"Sekarang, suspek sudah bebas dan hutang RM15,000 masih tak nampak bayang dan mereka suami isteri aktif di Instagram. Ketika berbincang dengan suami suspek, kami syak suami dia pun terbabit sama dalam kes scam ni," katanya.


















"Sekarang, suspek sudah bebas dan hutang RM15,000 masih tak nampak bayang dan mereka suami isteri aktif di Instagram. Ketika berbincang dengan suami suspek, kami syak suami dia pun terbabit sama dalam kes scam ni," katanya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 11:34 AM | Show all posts
maaf ckp kalo kes gini baik settle luar (dpt half duit pun xpa)) sbb kalo naik mahkamah kalo jatuh hukum pun duit x dpt kt kite...so pilih duit dpt ka camna......
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm tak logik.. ko amik org customer tak mintak deposit ke? dah zaman 2022,kau yg bodoh berbisnes????
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan kat atas dia dah citer yg dia try setel luar.. tu yg bincang 2 jam... tp dah scammer tu mmg xde duit.. agaknya dpt duit utk teruskan hidup pun dgn cara tipu org camni.. sbb tu x de duit simpanan... tu yg diorg proceed dgn police report.. scammer pun tahu, bukan dia kena masuk jel on the spot pun... sambil2 tggu tarikh bicara n sambil2 tggu jatuh hukuman bersalah atau tak, dia boleh tipu org lain dlu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 01:13 PM | Show all posts
Ramai je perangai macam ni sekarang buat tampa rasa bersalah
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Even org wasap slip bank pon better you check juga dkt online akaun sudah clear ke belom payment tuh...biar lambat sikit janji dua belah pihak tak dizalimi......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2022 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
mementang laki dia member dgn polis tu dari kecik, senang2 pulak polis tu berkeras suruh setel tepi
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm setan yer perangai mkn benda haram..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Seller xmtk duit deposit ke? Senang2 je scam smpai belas2 ribu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 02:43 PM | Show all posts
iols pernah buat report polis pasal org palsukan resit bank. tahu x polis yg ambil report tu cakap apa ? dia tanya iols , jumlah kerugian yg dialami berapa ? iols jwab xde rugi apa2 sbb iols check duit dlm bank xde masuk pun jumlah duit yg dia kata dah bank in tu. padahal resit palsu. lepastu polis tu boleh tanya, so buat report untuk apa kalau tak ada apa2 kerugian ??? iols macam.......................................... ko nak tggu org dah kena scam bebetul baru nak take action ke ? geram betul iols. sia2 jah pegi buat report... igtkan kot la polis nak take action sebelum org lain terkena... sbb tu scammer skrg tumbuh bagai cendawan... dah polis sendiri bengap xde action utk benteras scammer
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakominami replied at 1-4-2022 02:08 PM
Even org wasap slip bank pon better you check juga dkt online akaun sudah clear ke belom payment tuh ...

ada orang jenis transfer payment guna ibg, mmg lambat masuk la jawab dia. maka seller pon husnuzon  je la pastu terus lupa nak check acc
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Polis sekarang ni memang takde kuasa dan bebal ke? Scammers takde kena tangkap pun. Mangsa kena perli dekat balai lagi ada la.
Malaysia ni kalau nak scammers, takde kena tangkap pun.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kene buat term la, once payment verified, baru process order. Untuk elak kes2 mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 03:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia syurga scanners, sbb tu berani je depa ni. Buat report pon mcm tu je
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 07:48 AM | Show all posts
Orix replied at 1-4-2022 02:43 PM
iols pernah buat report polis pasal org palsukan resit bank. tahu x polis yg ambil report tu cakap a ...

Mmg macam tu pun. Kalau u pg court for civil summon pun, u punya submission kena bgtau apa kerugian yg u alami. Selalunya dalam bentuk monetary.
Contoh u kata orang tu scam u 200 tak masukkan duit. Service da bagi. Service apa yg u bagi, ada pekerja ke kena bayar , duit tol ke apa ke. Benda2 macm tu la yang u boleh claim.

Kalau kata lost of reputation, kedai u terkenal ke smpai ada lost of revenue org chop kena penipu. Etc.

If you just claim u kena scam tapi takde tangible evidence , they will be scot free lah
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
nuryakmal replied at 2-4-2022 07:48 AM
Mmg macam tu pun. Kalau u pg court for civil summon pun, u punya submission kena bgtau apa kerugia ...

Org buat report supaya scammer tu kena tangkap utk bg pengajaran. Bukan nk claim apa2 pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2022 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih 10 kali kena tipu.  Tak buat closing ke check resit bagai?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku punye barang kes pon tak dapat2 lagi ni. Hari tu IO tu janji dalam masa 2 minggu. Ni dah nak masuk 3 bulan dah. Hampeh. Kalau aku tau aku setelkan sendiri je ari tu. Dahlah polis pompan yang amek report tu bebal nak mampos. Pengetahuan am cetek. Benda senang pon nak google. Lepas tu die provoke2 kite pulak
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 11:18 PM | Show all posts
Edited by nuryakmal at 3-4-2022 11:27 PM
Orix replied at 2-4-2022 09:48 AM
Org buat report supaya scammer tu kena tangkap utk bg pengajaran. Bukan nk claim apa2 pun

Mcm ni lah. Kalau u report polis, u should inform yg this can be investigated under 420 of penal code ie kesalahan menipu. So buat report pun kena bijak. Polis ada je yg perlekeh peniaga. Nak2 yg kecik2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 05:26 AM From the mobile phone | Show all posts
nuryakmal replied at 3-4-2022 11:18 PM
Mcm ni lah. Kalau u report polis, u should inform yg this can be investigated under 420 of penal co ...

Iols marhaen jah. Mana lah tahu penal code segalak. Somehow patutnya polis kena take action lah. Sia2 jah effort iols ke balai polis segalak nk buat report ujong2 polis cm bangang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.060121 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list