View: 991|Reply: 3
|
"Diam Lah!" Suami Buat Hal Sempat Bagi Teka-Teki Masa Isteri 'Contraction'
[Copy link]
|
|
Untuk pembaca wanita di sini, pastinya pengalaman bersalin anda merupakan antara momen yang tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila.
Kita pernah mendengar berita di mana ada wanita yang bersalin di dalam kereta, ada yang bersalin awal dari due date dan ada yang pulang ke rumah dengan air mata apabila bayi yang dilahirkan tidak dapat diselamatkan di atas faktor-faktor tertentu.
Apabila kita bertanyakan kepada ibu-ibu tentang soalan berkaitan proses bersalin, semestinya mereka akan bercakap mengenai 'contraction'.
Contraction ataupun kontraksi merupakan satu keupayaan untuk melancarkan proses keluarnya bayi dari rahim. Rata-rata wanita akan mengatakan kontraksi sebelum bersalin itulah kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Baru-baru ini, viral satu video yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Hairihussain. Menerusi video itu kelihatan dia sedang menemani isterinya yang sedang mengalami kontraksi sebelum bersalin.
Namun, Hairi tidak kelihatan seperti suami lain yang membantu isteri mereka dengan memberikan kata-kata semangat, sebaliknya lelaki ini memberikan teka-teki sebagai tanda untuk menenangkan isterinya menahan sakit kontraksi. Tetapi kerana terlampau sakit, isterinya terus berkata, "Ishhh, diamlah!"
Video yang dikongsikan oleh Hairi telah mendapat lebih dari 3 juta tontonan di Tiktok. Meninjau ke ruangan komen pula, begitu ramai yang terhibur dengan cara Hairi menenangkan isterinya. Ada juga netizen yang mengatakan anaknya akan mewarisi perangai lawaknya itu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alahai cute je...doakan me and husband dapat baby jugak tahun ni ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la tu, ada la jugak usaha nak tenangkan wife dia walaupun cara dia mcm mintak kak |
|
|
|
|
|
|
|
amin..semoga ada rezeki utk u suami isteri
|
|
|
|
|
|
|
| |
|