CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

[Terengganu] Bot nelayan Vietnam jadi tukun tiruan

[Copy link]
Post time 26-3-2022 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Besut: Sebanyak 139 bot nelayan Vietnam dianggar bernilai lebih RM205 juta ditenggelamkan untuk dijadikan tukun tiruan.

Pelupusan bot itu oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) selepas ia dilucut hak oleh mahkamah sejak 2010 lalu, dengan dua bot yang ditahan kerana menceroboh perairan negara tahun lalu, dilupus semalam.

Pengarah APMM Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, proses pelupusan dilaksana di lima batu nautika dari perkampungan nelayan Pulau Perhentian, di sini.

"Kaedah menenggelamkan bot sebagai tukun tiruan adalah inisiatif dalam memulihara dan menggalakkan biodiversiti marin serta simbolik kepada keseriusan APMM dalam mengekang kemasukan nelayan asing ke perairan negara secara haram.

"Pelupusan bot ini turut mendapat kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Laut Malaysia, Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Utara serta Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT)," katanya selepas program itu semalam.

Muhammad Suffi berkata, dua bot yang dilupus itu ditahan Kapal Maritim (KM) Pekan dan Langkawi menerusi Op Naga Barat dan Kuda Laut, bersama 26 kru yang kini menjalani hukuman penjara tujuh bulan.

"Ini adalah pelupusan siri ketiga bagi tahun 2022 dan sebanyak 30 bot lagi masih berada di tiga Pusat Tahanan Vesel (PTV) untuk tindakan lanjut," katanya.
Disiarkan pada: Mac 25, 2022 @ 12:43pm


Dua bot nelayan Vietnam yang dirampas APMM dan sudah dilucut hak oleh mahkamah ditenggelamkan untuk dijadikan tukun tiruan di perairan Pulau Perhentian. FOTO Zaid Salim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 11:28 AM GMT+8 , Processed in 0.046364 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list