|
Nibong Tebal: Sebanyak 16 kawasan di sekitar Seberang Perai Selatan akan mengalami gangguan bekalan air selama 12 jam bermula Sabtu hingga Ahad ini.
Kawasan itu adalah Jalan Bukit Panchor, Transkrian, Permatang Tok Mahat, Jalan Sempadan, Sungai Acheh, Sungai Udang, Klinik Kesihatan Bukit Panchor, Klinik Kesihatan Nibong Tebal, Klinik Kesihatan Sungai Acheh dan Balai Bomba Nibong Tebal.
Universiti Sains Malaysia (USM), Kampung Teluk, Sungai Buaya, Kampung Sungai Kechil, Kampung Besar dan Perda Tech.
Gangguan bekalan air bermula 10 malam, Sabtu hingga jam 10 pagi keesokan harinya.
Dalam pada itu, kawasan sekitar Pekan Nibong Tebal juga dilaporkan akan mengalami masalah tekanan air rendah.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir Jaseni Maidinsa berkata, gangguan bekalan air termasuk tekanan air rendah di beberapa kawasan itu adalah susulan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Panchor dan pengalihan paip di Jalan Bukit Panchor dekat situ.
"Bagi memudahkan semua kerja fizikal ini, PBAPP perlu mengasing dan dan menutup sesalur utama (paip) sedia ada.
"Penutupan saluran paip ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 12 jam di beberapa kawasan di daerah berkenaan.
"Justeru, kira-kira 15,785 akaun air akan terjejas dan dinasihatkan pengguna di kawasan terbabit menyimpan air mencukupi untuk kegunaan sepanjang gangguan itu berlaku," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|