CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pengendali tapak pelupusan sampah Pulau Burung didenda RM1,500

[Copy link]
Post time 21-3-2022 08:14 PM | Show all posts |Read mode
Pengendali tapak pelupusan sampah Pulau Burung didenda RM1,500

Oleh Nur Izzati Mohamad - Mac 21, 2022 @ 6:16pm  [email protected]




Keadaan tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Jalan Byram, Nibong Tebal. Foto ihsan JAS Pulau Pinang




BUTTERWORTH: Pengendali tapak pelupusan sampah Pulau Burung dekat Nibong Tebal didenda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, kerana gagal mematuhi notis dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang tiga tahun lalu.

Hakim Noor Aini Yusof membuat keputusan itu selepas pihak pengendali tapak pelupusan sisa pepejal itu mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan hari ini.

Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata terdahulu pihaknya mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 iaitu berkaitan kegagalan mengemukakan maklum balas mengikut notis arahan dikeluarkan pada 25 November 2020.

"Notis arahan itu mengarahkan syarikat pengendali iaitu PLB Terang Sdn Bhd mengemukakan beberapa laporan teknikal berkaitan pengurusan biomas, pengurusan risiko gas, pelan kontigensi air larut resap serta lain-lain langkah kawalan alam sekitar di lapangan.

"Bagaimanapun, syarikat itu gagal mematuhi notis berkenaan lalu JAS memfailkan kes ini ke mahkamah," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Sharifah Zakiah berkata, mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,500 selepas pihak pengendali mengaku bersalah dengan denda maksimum diperuntukkan bagi seksyen itu adalah RM2,000.

"Ketika prosiding pihak pengendali terbabit diwakili pengurus besar syarikat itu bersama peguam dilantik mereka," katanya.

Pada 12 Januari lalu, tapak pelupusan sampah Pulau Burung dilaporkan terbakar seluas 11.3 hektar sehingga menyebabkan kualiti udara di kawasan sekitar terjejas dan memberi risiko kesihatan orang ramai.

JAS negeri kemudian membuka dua kertas siasatan terhadap pengurusan tapak pelupusan sampah berkenaan susulan kejadian kebakaran itu.

Berdasarkan rekod sebelum ini, JAS mengeluarkan 14 notis arahan dan mengeluarkan dua kompaun atas kesalahan pembakaran terbuka kepada pihak pengurusan tapak pelupusan sampah itu pada 2021.

Selain itu, satu kes difailkan di mahkamah berhubung kesalahan pengurusan resapan.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.040407 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list