CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 355|Reply: 0

[Sabah] Rakyat Sabah tolak kad pengenalan warga asing

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:25 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Ramai dalam kalangan penduduk warga negara di Sabah tidak akan menyokong cadangan untuk mengeluarkan 'kad pengenalan warga asing' kepada pendatang yang sudah lama menetap di negeri ini.

Datuk Christina Liew (PKR, Api-Api) berkata, orang Sabah juga tidak bersetuju anak-anak pendatang tanpa izin (PTI) itu diberikan kad berkenaan.

"Ramai kanak-kanak migran ini kini berkeliaran di jalanan mengemis dan mengganggu pengunjung serta penduduk tempatan untuk mendapatkan makanan atau wang.

"Ada yang dilihat sedang menyelongkar tong sampah di Bandaraya Kota Kinabalu serta di kawasan perumahan di Luyang," katanya ketika dalam perbahasan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 hari ini.

Beliau berkata, 'Kad khas' ini dikhuatiri akan membuka jalan kepada warga asing itu untuk memperoleh taraf kewarganegaraan Malaysia pada masa hadapan.

Paling penting katanya, semua pihak berkepentingan perlu ada kemahuan politik untuk mematuhi keputusan atau melaksanakan cadangan yang akan dibuat oleh Jawatankuasa Khas Pekerja Asing Tanpa Dokumen dan Warganegara Asing.

Katanya, jelas sekali Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin di Sabah yang ditubuhkan pada 2012 telah gagal menyelesaikan masalah itu kerana kekurangan kemahuan politik untuk bertindak mengikut pelbagai cadangan dalam RCI berkenaan.

"Dalam pada itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan agar kerajaan negeri diberi autonomi sepenuhnya untuk mengendalikan dan menangani isu ini yang menjadi 'duri dalam daging' bagi orang Sabah sejak 1970.

"Hanya dengan cara ini Sabah akan dapat menyelesaikan masalah ini untuk selamanya. Sudah tiba masanya kita membuang 'duri' ini. Mengapakah kita tidak boleh menyelesaikan isu ini selepas 50 tahun?," katanya.

Beliau berkata, Jawatankuasa Khas Pekerja Asing Tanpa Dokumen dan Warganegara Asing yang diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan mesti diberi kuasa untuk berurusan secara khusus dengan semua pihak berkepentingan, bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih dalam mencari penyelesaian secara tuntas (termasuk penghantaran pulang PTI Indonesia dan Filipina).

Christina berkata, untuk menjadi inklusif, mesti sertakan perwakilan dalam Jawatankuasa Khas ini daripada Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina, Konsulat-Jeneral Republik Indonesia di Kota Kinabalu dan badan-badan lain yang berkaitan dengan warga asing yang lain.

"Selama bertahun-tahun, Sabah telah mendesak supaya Pejabat Konsular Filipina dibuka di Kota Kinabalu tetapi tidak berjaya.

"Kedua-dua Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat persekutuan ketika itu telah berusaha untuk memujuk Filipina supaya menubuhkan sebuah konsulat di Sabah.

"Memandangkan Pejabat Konsulat tidak boleh ditubuhkan di Sabah (disebabkan Tuntutan Sabah), kami berharap kerajaan Sabah akan meneruskan usaha untuk menubuhkan Pusat Pemudah cara Pasport Filipina yang dicadangkan di Sabah.

"Saya difahamkan bahawa perbincangan sedang berjalan antara Kedutaan Filipina di Malaysia dan Manila mengenai cadangan itu sejak 2019," katanya.

Katanya, dipercayai terdapat kira-kira sejuta warga Filipina di Sabah yang kebanyakannya tidak mempunyai pasport atau tidak memperbaharui pasport kerana terlalu mahal untuk mereka pergi ke Kuala Lumpur bagi tujuan memohon atau memperbaharui dokumen tersebut.

"Saya berpandangan bahawa pembangkang juga mesti menganggotai Panel Pekerja Asing Tanpa Dokumen dan Warganegara Asing untuk memberikan input serta mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan," katanya.

oleh
Yap Siong Han
credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 157861 Replies : 3865
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 187945 Replies : 1712
Penyasaran subsidi diesel perlu untuk selamatkan negara. Kata PM Anwar
mojarean_XPenyasaran subsidi diesel perlu untuk se
Views : 6644 Replies : 61
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 4232 Replies : 68
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13729 Replies : 96
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 19095 Replies : 74
Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Your Inner Gamer
Eren1107Exploring the Top Gaming Apps: Unleash Y
Views : 3434 Replies : 0
Anoboy
anoboyvipAnoboy
Views : 3535 Replies : 0
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3838 Replies : 13

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.294160 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list