|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/21hmkerat1_1647849547.jpg)
Pendang: Identiti empat mangsa yang terkorban dalam kemalangan babit dua kereta di Kilometer 58.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, hari ini sudah dikenal pasti.
Kemalangan itu membabitkan kereta Proton Wira dinaiki tiga individu dan Nissan Almera.
Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, mangsa dalam Nissan Almera yang terbakar dikenali Muhamad Syahrolnizam Senafi, 20, dari Mergong, Alor Setar.
Katanya, tiga mangsa lain adalah Shahrin Hafi Omar, 49, dari Kangar, Perlis dan isterinya, Arni, 51, warga Indonesia serta pekerja mereka, Mohamad Shafiq Kassim, 26, yang beralamat di Temerloh, Pahang.
"Kesemua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|