CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 269|Reply: 0

[Pulau Pinang] 23 projek zon utara bernilai RM2.2 bilion

[Copy link]
Post time 20-3-2022 03:04 PM | Show all posts |Read mode

Fadillah pada sidang akhbar selepas meninjau jambatan baharu di Titi Kerawang, Pulau Pinang. FOTO Bernama.

Balik Pulau: Empat daripada 23 projek kendalian Kementerian Kerja Raya (KKR) di zon utara, yang terdiri daripada dua projek di Pulau Pinang dan masing-masing satu projek di Kedah dan Perak, telahpun disiapkan, kata Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Katanya 23 projek yang dirancang di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) dan RMK-12 bernilai RM2.2 bilion di zon utara itu merangkumi projek bernilai RM731.7 juta di Pulau Pinang, RM675.5 juta di Kedah, dan RM805.5 juta di Perak.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau sebuah projek di sini hari ini, beliau berkata projek-projek berkenaan termasuk kerja-kerja menaik taraf jalan persekutuan, membina jalan dan jambatan baharu serta menaik taraf sistem perparitan.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya itu meninjau projek menaik taraf jalan persekutuan di Seberang Perai Utara dan pembinaan jambatan di Barat Daya di sini.

Fadillah berkata projek menaik taraf jalan persekutuan di Seberang Perai Utara dilaksanakan bagi tujuan melancarkan aliran trafik, selaras dengan pembangunan yang pesat di daerah berkenaan, dan pelaksanaannya turut melibatkan kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan bagi mengatasi banjir.

Merujuk kepada projek pembinaan jambatan di Barat Daya pula, beliau berkata projek menggantikan jambatan itu amat diperlukan kerana jambatan sedia ada terlalu sempit, menyukarkan kenderaan berat untuk mengambil selekoh.

"Kawasan ini merupakan kawasan pelancongan yang menghubungkan kawasan Balik Pulau ke Teluk Bahang, jadi projek ini akan meningkatkan aspek keselamatan dan memberikan keselesaan kepada pengguna," katanya.

Ditanya mengenai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, Fadillah berkata perkara itu berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, namun pihaknya bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya diperlukan.

"JKR sedia memberikan nasihat teknikal dan input yang diperlukan kerajaan negeri kerana kita mempunyai kepakaran yang boleh membantu sekiranya diperlukan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.232089 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list