|
Nak cari duit raya ni, jangan terperangkap dengan game ponzi ponder tau.
MO dia sama je.
1. Ponder cari ejen, nak jadi ejen, kena beli stock. Biasanya ada pakej.
.
2. Ponder lantik sorang admin uruskan ejen2 ni. Bagi bahan2 marketing.
.
3. Ejen try buat jualan. Produk bagus, Alhamdulillah, ada repeat. Ada real customer. Stock habis. Restock.
.
4. Kalau tak bagus, takde repeat, stock letak bawah katil.
.
5. Dapat ponder yg pentingkan kualiti produk, dengar feedback pelanggan, Alhamdulillah. Dia akan perbaiki.
.
6. Tapi, dapat ponder lupa daratan, duit ejen habis kat kereta baru, rumah baru, cuti sana sini, melingkuplah ejen.
.
7. Bila ejen lingkup, takdelah income baru kat ponder.
.
8. Ponder punya target, bukan 100 ribu pelanggan, tapi 100 ribu ejen....
.
9. Sebab apa? Pelanggan beli 1 produk mungkin RM50. Tapi ejen sekali restock, RM1000. Nak kaya cepat maa....... nak bayar Mustang bulan2 tu, nak cekau mana duit.
.
10. Ejen lama, tak nak restock dah. So, ponder akan mulakan money game dia.
.
11. Naikkan beberapa ejen. Bagi reward sana sini. Pendek kata, buat orang teringin nak jadi ejen juga.
Ye lah, jual produk ponder, dapat juta-juta.
.
12. Tu semua umpan tarik ejen baru.
.
13. Orang tengok pun rasa nak jadi berjaya macam ejen tu. Lagi pula, ponder dok pukul canang, bahan marketing semua kita sediakan, tinggal copy paste je.
.
14. Bila ejen dah beribu-ribu, puluh2 ribu, copy paste ayat marketing yg sama, orang pun naik nyampah.
.
15. So, berhati-hatilah. Nak jadi ejen tu, jangan sebab tengok ejen lain menang reward, dapat income banyak apa semua tu. Nak jadi ejen, cari produk yg betul2 bagus.
.
Lagi bagus, yg kita sendiri dah cuba dan berpuas hati.
Lebih baik tak untung, daripada rugi.
Update : ni dah boleh keluar duit kwsp RM10k, lagilah kena hati2....jgn kelabu mata, nanti jadi kelabu asap.
Sekian;
Raja Kamil |
|