يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ
Hai orang-orang yang beriman كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ
d'wajibkan atas kamu berpuasa كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ
sebagaimana d'wajibkan atas orang-orang sebelum kamu لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
agar kamu bertakwa
02:183
puasa صوم pd bahasa ertinya 'menahan diri'
pada syarak
menahan diri daripada
makan,
minum dan
perkara-perkara yang membatalkan puasa
bermula daripada terbit fajar shadiq
sehingga terbenam matahari
berserta niat
Rasululah s.a.w. bersabda:
‘‘Puasa itu bagaikan perisai,
maka apabila seseorang kamu berpuasa,
jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar.
Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya
maka hendaklah dia mengatakan.
Aku ini puasa.’’
Sahih Bukhari
Dari Anas r.a. katanya;
‘‘Kami pernah pergi bersama-sama Nabi s.a.w.
tidak pernah orang puasa mencela orang berbuka
dan tidak pula orang berbuka mencela orang puasa.’’
Sahih Bukhari
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
‘‘Allah berfirman:
Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri melainkan puasa.
Sesungguhnya puasa itu bagiKu dan aku membalasi puasanya itu.’’
Sahih Bukhari