View: 395|Reply: 0
|
[Kedah]
Kerajaan negeri sah kuari haram beroperasi di Sungai Kulim
[Copy link]
|
|
Tinjauan sebuah kuari melakukan aktiviti mengorek pasir menyebabkan berlakunya hakisan dan runtuhan tebing yang serius di Sungai Kulim sejak lebih tiga tahun lalu. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
Alor Setar: Kerajaan negeri mengesahkan wujud kegiatan kuari haram di Sungai Kulim yang antara kesannya mengakibatkan berlaku hakisan dan runtuhan tebing di Mukim Keladi.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Makanan, Perusahaan Perladangan Komoditi dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, Azman Nasrudin berkata terdapat beberapa syarikat terbabit dalam kegiatan mengorek pasir di Sungai Kulim dipercayai sejak 10 tahun lalu.
Jelasnya, kesan daripada aktiviti itu kini dipercayai menjadi antara salah satu punca berlakunya kejadian tebing runtuh sehingga menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan berhampiran.
"Aktiviti kuari pasir haram ini ada kebenarannya juga, sekarang kita sudah kawal, yang mana dilakukan secara haram kita sudah arah aktiviti itu dihentikan.
"Sekarang ini ada satu dua lagi yang masih berjalan tetapi kuari pasir itu ada permit, kita tetap minta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pejabat Daerah Kulim untuk pantau agar ia tidak berleluasa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Media hari ini, melaporkan penduduk tiga kampung di Mukim Keladi di sini, mendakwa kegiatan sebuah kuari melakukan aktiviti mengorek pasir menyebabkan berlaku hakisan dan runtuhan tebing yang serius di Sungai Kulim.
Kesan kegiatan itu dikatakan menyebabkan aliran sungai menjadi terlalu deras terutama ketika musim tengkujuh sehingga menjejaskan kehidupan penduduk di Kampung Tok Rasul, Kampung Sungai Badak dan Kampung Dusun.
Mengulas lanjut, Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas berkata, kerja membaik pulih tebing Sungai Kulim yang terhakis dijangka membabitkan belanja sehingga RM66 juta.
Katanya, pihaknya masih menunggu kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) selepas masalah terbabit dimaklumkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sebelum ini.
"Pada 22 Februari lalu, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Mansor Othman telah mengadakan lawatan kerja bagi meninjau isu berkaitan hakisan sungai berkenaan yang merentasi beberapa kampung seperti Kampung Tok Rasul, Kampung Keladi dan Kampung Dusun.
"JPS turut mengangkat projek untuk baik pulih Sungai Kulim ini kepada MOF, nilainya dijangka mencecah sehingga RM66 juta," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|