CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

[Sarawak] Kerja keras, usaha gigih jadikan Sarawak maju 2030

[Copy link]
Post time 3-3-2022 04:47 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Perjalanan Sarawak ke arah mencapai sasaran menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030 bukanlah suatu tugas yang mudah kerana ia memerlukan usaha dan kerja keras daripada semua pihak, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata bagi mencapai sasaran itu, Sarawak perlu menggandakan saiz ekonominya daripada RM136 bilion pada 2019 kepada RM282 bilion menjelang 2030.

“Ini bermakna, ekonomi Sarawak perlu berkembang secara purata antara 6 hingga 8 peratus setahun dan sektor ekonominya perlu memberi tumpuan kepada usaha mempelbagaikan aliran pendapatan, meningkatkan kecekapan kerja dan meningkatkan produktiviti.

“Ini adalah satu peningkatan tugas yang sangat besar, ia bukan mudah tetapi ia memerlukan kerja keras daripada semua komuniti perniagaan kerajaan dan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya dalam ucapan pada majlis Anugerah Vendor Sarawak Energy 2021 di sini, malam tadi seperti dilapor Bernama.

Abang Johari berkata di bawah Strategi Pembangunan PascaCOVID-19 negeri 2030 (PCDS 2030), kerajaan negeri telah mengenal pasti sektor ekonomi utama dan pemboleh untuk mengubah landskap ekonomi Sarawak.

Beliau berkata di bawah rancangan itu, Sarawak turut menekankan kepelbagaian ekonominya, dengan tumpuan khusus untuk memodenkan pertanian, memperkukuh infrastruktur, memajukan pelancongan dan mempercepat pembangunan modal insan.

“Ini akan membuka banyak peluang untuk aktiviti ekonomi produktif di kawasan luar bandar dan bandar, menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan yang lebih besar kepada semua, termasuk perusahaan kecil dan sederhana.

“Melalui penglibatan dalam peluang ini, anda bukan sahaja dapat memperoleh manfaat malah dapat menyumbang kembali kepada pertumbuhan ekonomi tempatan, sekali gus menyokong Sarawak dalam mencapai impian untuk muncul sebagai negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030,” tambahnya.


sarawakvoice.com/2022/03/03
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198597 Replies : 4645
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 7271 Replies : 2
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73607 Replies : 319
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9031 Replies : 20
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7560 Replies : 40
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 9472 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 9094 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.052976 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list