CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4278|Reply: 99

[Tempatan] Najib: Satu sen pun duit rakyat tidak diguna bayar hutang 1MDB

[Copy link]
Post time 2-3-2022 05:01 PM | Show all posts |Read mode



Najib Razak :
Tan Sri Yang Dipertua,

Dalam dewan yang mulia ini, janganlah kita memberikan alasan hutang 1MDB sebagai merosakkan kewangan negara.

Hakikatnya, satu sen pun prinsipal hutang 1MDB tidak pernah dibayar. Pada 2018 hutang 1MDB berjumlah RM32 bilion.

Pada 2019 hutang RM32 bilion.
Pada 2020 hutang RM32 bilion.
Pada 2021 hutang RM32 bilion.

Adalah tidak betul untuk mencanangkan bahawa rakyat perlu membayar atau menanggung hutang 1MDB. Misalnya, bayaran sebanyak RM16.4 bilion yang diterima dari Goldman Sachs bukanlah dari wang rakyat. Itu wang Goldman Sachs yang boleh digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Begitu juga dana-dana lain yang diterima dari :
• DOJ RM3 bilion,
• Ambank RM2.83 bilion,
• KPMG RM340 juta,
• Deloittes RM324 juta.
Kesemua ini yang berjumlah hampir RM23 bilion, bukanlah wang rakyat. Sepatutnya wang ini boleh digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Tan Sri Yang Dipertua,

Ini tidak termasuk aset-aset 1MDB. Penjimatan daripada penyelesaian perjanjian berat sebelah Penjana Elektrik Bebas (IPP) peninggalan zaman Perdana Menteri ke-4 yang diselesaikan dengan bantuan 1MDB dengan mengambil alih IPP. Ini telah menjimatkan sebanyak RM50 bilion. Penjimatan inilah antara sebab rizab tunai Petronas naik daripada RM30 bilion kepada RM176 bilion pada 2018, sebelum dijarah licin oleh Kerajaan PH dan PN.

Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion yang dinilai sebagai aset terbaik Malaysia. YB Bagan semasa menjadi Menteri Kewangan pernah menyifatkan projek TRX sebagai antara aset terbaik negara dan YB Langkawi semasa dia melancarkan semula Bandar Malaysia menyifatkannya sebagai projek paling strategik.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2022 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Smpi skrg negara masih bergantung pd hasil pembangunan zaman Najib.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2022 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 2-3-2022 05:08 PM
Smpi skrg negara masih bergantung pd hasil pembangunan zaman Najib.

Itu kan tugas dia...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2022 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sial laa.....Engko yg buat hutang....orang lain yg bayarkan hutang ko...budak tadika fikir pun Tak logik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2022 05:30 PM | Show all posts
Tan Sri Yang Dipertua,
Ini tidak termasuk aset-aset 1MDB. Penjimatan daripada penyelesaian perjanjian berat sebelah Penjana Elektrik Bebas (IPP) peninggalan zaman Perdana Menteri ke-4 yang diselesaikan dengan bantuan 1MDB dengan mengambil alih IPP. Ini telah menjimatkan sebanyak RM50 bilion. Penjimatan inilah antara sebab rizab tunai Petronas naik daripada RM30 bilion kepada RM176 bilion pada 2018, sebelum dijarah licin oleh Kerajaan PH dan PN.
Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion yang dinilai sebagai aset terbaik Malaysia. YB Bagan semasa menjadi Menteri Kewangan pernah menyifatkan projek TRX sebagai antara aset terbaik negara dan YB Langkawi semasa dia melancarkan semula Bandar Malaysia menyifatkannya sebagai projek paling strategik.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2022 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
I masih wonder apa yg muhyiddin wat smpi spend 600 billion
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2022 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo jibby ko tak terlibat, WHY HESHE bersusah payah nak CLARIFY ASAL USUL DUIT TU??

Cukup cukuplah ko sorang bodo. Jangan ajak weols yg lain ni bodo sama. To the hell lah jibby punya inesen. Hes a gone case menegakkan benang nan basah.

Loser and loser.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2022 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ada masalah membaca dan pemahaman dorang ni...
dorang ingat DSN tgh sembang kat kedai kopi janda ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik betul dgn makhluk ni. Gigih bekap pencuri, penyamun ni. Haih.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2022 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
So? 1mdb ni beri kebaikan pada negara?

Or

Memang bosskur tak tahu malu. "malu apa bosskurrr?"
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2022 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 2-3-2022 05:30 PM
Tan Sri Yang Dipertua,
Ini tidak termasuk aset-aset 1MDB. Penjimatan daripada penyelesaian perjanjia ...

Ko bayar loan rumah 5 tahun dh cuit prinsipal ke? Cer tgok balance hutang ko? Faham ke tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan macam zaman dulu2 ya... Zaman sekarang siapa betul siapa salah punyalah banyak media sosial gunakan saja. Kerajaan sekarang kalau sambil lewa je tadbir negara sila pencen. Jangan menyusahkan rakyat kalau tak tahu kerja pergi jaga cucu anak bini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2022 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kerabuBiru replied at 2-3-2022 05:30 PM
Sial laa.....Engko yg buat hutang....orang lain yg bayarkan hutang ko...budak tadika fikir pun Tak l ...

PH dan PN buat lagi banyak hutang dari 1mdb

Atleast 1mdb ada aset

PH pulak jual aset, jarah petronas dan duit kwap dan kwan

Haaa jawab.. jangan lari pulak lepas kentut
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
scarflicious replied at 2-3-2022 08:01 PM
So? 1mdb ni beri kebaikan pada negara?

Or

Ko pernah dengar IPP tak? Peninggalan atok untuk sahabat2 beliau

Najib melalui 1mdb menghapuskan subsidi IPP yang merugikan duit rakyat berbilion setiap tahun
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2022 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes replied at 2-3-2022 07:45 PM
ada masalah membaca dan pemahaman dorang ni...
dorang ingat DSN tgh sembang kat kedai kopi janda ke. ...

Dorang dah trrlebih dahulu dihasut dan ditipu oleh setan2 peliharaan DAP

Jadi agak sukar untuk mereka menerima kebenaran sebab dorang dah selesa makan fitnah dan hasutan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2022 11:08 PM | Show all posts
Firenzza replied at 2-3-2022 08:16 PM
Ko bayar loan rumah 5 tahun dh cuit prinsipal ke? Cer tgok balance hutang ko? Faham ke tidak?

sasaran hasut ko nie tak kena.....kalau budak tadika, bolehlah ko hasut dgn kenyataan bodoh ko nie...
kalau hutang rm32billion - rm23billion ( duit yg gomen dpt dari 1mdb ) = rm9billion baki hutang....
takkan bunga tinggi sangat ( 250% setahun dari baki hutang rm9billion) yg boleh jadi baki hutang kpd rm32billion lagi...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2022 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 2-3-2022 11:08 PM
sasaran hasut ko nie tak kena.....kalau budak tadika, bolehlah ko hasut dgn kenyataan bodoh ko nie ...

argument kebodohan tahap dewata macamni pun kamu boleh kagum. duit dipulangkan simply means ada criminal element. jibun complicit dlm proses mencuri duit yg di pulangkan oleh doj. budak tadika pun boleh paham benda mudah mcm ni. takkan kamu ni bangang tahap buta sampai tak boleh nampak benda as clear as daylight. kunun pandai meniaga la sangat dok ulang2 hujah gomen tak hilang duit, aset merata. prrrtghhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2022 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 2-3-2022 10:00 PM
Dorang dah trrlebih dahulu dihasut dan ditipu oleh setan2 peliharaan DAP

Jadi agak sukar untuk me ...

sesuai la join parti lobai puas hati dgn penjelasan arul. sama tahap kecerdikan minda
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2022 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
bila nk masuk buluh inn?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2022 11:36 PM | Show all posts
Songlap tetap songlap. Tak kira la kau buat kerja terpaling terbaik ter ter bagai pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198865 Replies : 4651
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 10614 Replies : 2
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41227 Replies : 250
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 1010 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 8371 Replies : 3
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.110505 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list