CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 379|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis cari penunggang motosikal buat 'wheelie' atas jambatan

[Copy link]
Post time 28-2-2022 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Bayan Lepas: Polis sudah mengenal pasti penunggang motosikal berkuasa tinggi yang melakukan aksi berbahaya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di sini, yang tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya turut menerima satu laporan berhubung tindakan penunggang motosikal terbabit.

"Polis sudah mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal yang terbabit dalam aksi berbahaya itu.

"Kita sedang mengesan penunggang motosikal terbabit bagi melengkapkan siasatan," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu aksi beberapa penunggang motosikal itu dikesan menerusi rakaman video berdurasi 45 saat yang tular di media sosial sejak semalam.

Video berkenaan memaparkan beberapa penunggang melakukan aksi wheelie' sementara seorang lagi bertindak merakam aksi berkenaan.

Video tular itu turut menimbulkan kemarahan warga net yang mendakwa aksi berkenaan boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya di Jambatan Kedua Pulau Pinang itu.

Kamarul berkata, polis memandang serius kejadian berkenaan dan menasihati pengguna supaya mematuhi undang-undang sedia ada.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Barat Daya di talian 013-2064682.


Tangkap layar menerusi video tular berdurasi 45 saat yang memaparkan beberapa penunggang motosikal berkuasa tinggi melakukan aksi berbahaya di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, di sini. FOTO TULAR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.336768 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list