CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 456|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hakisan Pantai Pasir Panjang semakin serius

[Copy link]
Post time 28-2-2022 04:15 PM | Show all posts |Read mode

Bangunan Kem Wawasan Negara Balik Pulau terdedah kepada bahaya selepas berlaku hakisan di kawasan berhampiran.

GEORGETOWN- Kem Wawasan Negara yang terletak di Balik Pulau terdedah kepada bahaya selepas berlaku hakisan di kawasan berhampiran yang dilihat bakal menjejaskan struktur bangunan tersebut.

Tinjauan yang dilakukan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati, Pantai Pasir Panjang di situ kini mengalami hakisan yang serius akibat dipukul ombak.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, kejadian itu dipercayai berlaku sejak setahun lalu yang mana ia mengakibatkan tebing sepanjang 300 meter di kawasan berkenaan runtuh.

Katanya, beberapa batang pokok kelapa dan pokok rhu juga musnah dan lebih 20 pokok lagi sedang menunggu masa untuk tumbang.

"Selain itu, Kem Wawasan Negara berhampiran pantai ini terdedah kepada keadaan yang amat merbahaya kerana kesan hakisan yang berlaku hampir menjejaskan beberapa bangunan di kawasan tersebut.


Tangga di Pantai Pasir Panjang rosak teruk yang dibimbangi akan menjejaskan keselamatan pengunjung.

"Selain itu, tangga untuk laluan pengunjung ke pantai juga telah rosak dan terdapat banyak sisa batu berselerak di sepanjang pantai berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.


Beliau turut menyatakan kekesalan dan kebimbangan kerana tiada tindakan diambil walaupun kejadian itu berlaku sudah lama.

"Walaupun masalah ini sudah lama berlaku, namun hingga sekarang tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak berwajib bagi menanganinya. CAP percaya, jika keadaan tersebut dibiarkan, keadaan alam sekitar di kawasan itu akan terancam dengan lebih teruk.

"Lebih membimbangkan jika berlaku kejadian tidak diingini yang akan menjejaskan keselamatan orang ramai," katanya.

Mohideen turut menggesa kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi punca masalah itu.

Katanya, pihak berkenaan juga diminta supaya mendedahkan hasil siasatan dan tindakan yang diambil kepada umum secepat mungkin.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... jang-semakin-serius
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.038732 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list