CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 428|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hakisan di Pantai Pasir Panjang makin serius

[Copy link]
Post time 28-2-2022 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Hakisan di Pantai Pasir Panjang makin serius

Februari 28, 2022 @ 2:09pm



Keadaan kemudahan tangga di Pantai Pasir Panjang yang rosak berikutan hakisan tebing yang berlaku sejak setahun lalu. Foto ihsan CAP


PreviousNext



Oleh Zuhainy Zulkiffli

BALIK PULAU: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi berkaitan supaya menjalankan siasatan dan tindakan segera bagi mengatasi masalah hakisan di Pantai Pasir Panjang, di sini.

Ia susulan keadaan hakisan itu yang semakin serius dan membimbangkan selepas dibadai ombak sejak setahun lalu.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, tinjauan CAP mendapati hakisan tebing berkenaan sudah terbentuk sepanjang 300 meter. Malah, beberapa pokok kelapa dan rhu sudah musnah manakala lebih 20 lagi menunggu masa untuk tumbang.

"Selain itu, Kem Wawasan Negara di kawasan pantai itu juga terdedah kepada bahaya kerana kesan hakisan berlaku sangat hampir dan menjejaskan beberapa struktur di situ.

"Tangga bagi laluan pengunjung ke pantai ini juga sudah rosak dan terdapat banyak sisa batu berselerak di sepanjang pantai berkenaan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Mohideen berkata, CAP kesal dan bimbang kerana sehingga kini masih tiada tindakan diambil oleh pihak berkaitan bagi menanganinya walaupun ia sudah lama berlaku.

Sekiranya dibiarkan, CAP percaya alam sekitar di kawasan itu akan terancam dengan lebih teruk, selain berlaku kejadian tidak diingini membabitkan keselamatan orang awam.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.247396 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list