CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 454|Reply: 0

[Pulau Pinang] Azam rangkul gelaran di Miss Teen Universe

[Copy link]
Post time 27-2-2022 05:27 PM | Show all posts |Read mode

Dheper Reshaa Teh. FOTO Bernama

Georgetown: Remaja kelahiran Pulau Pinang Dheper Reshaa Teh, berazam untuk membanggakan Malaysia dengan memenangi Miss Teen Universe 2021, yang dijadualkan berlangsung pada 3 Mac di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Dheper, penuntut peringkat diploma dalam pengajian perniagaan di INTI College Penang berkata, beliau yakin akan berjaya pada pertandingan itu.

"Saya tidak berani mengatakan saya sangat yakin tetapi saya yakin. Saya telah mengikuti diet saya dengan baik kerana saya mempunyai pakar pemakanan peribadi untuk menjaga pengambilan makanan harian saya.

"Saya menjaga kesihatan saya dan telah menerima dos penggalak Covid-19 untuk memastikan saya cergas dan bersedia untuk pertandingan itu," katanya kepada Bernama sebelum berlepas ke Dubai di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, semalam.

Pertandingan itu pada mulanya dijadualkan pada 6 November lalu tetapi ditangguhkan ke 3 Mac ini susulan pandemik Covid-19.

"Pada mulanya agak tertekan apabila mengetahui penangguhan itu tetapi saya menggunakan tempoh tersebut untuk berlatih berjalan di pentas peragaan serta kemahiran pengucapan awam bagi memastikan saya sudah bersedia untuk pertandingan itu," katanya sambil menambah bahawa beliau hanya dimaklumkan mengenai tarikh baru pertandingan bulan lalu.

Beliau berkata, pertandingan itu adalah platform yang hebat untuknya mempamerkan budaya, tradisi dan keunikan Malaysia yang luar biasa kepada dunia.

"Ia adalah detik yang sangat istimewa bagi saya selepas dicalonkan sebagai seorang daripada finalis Miss Teen Universe 2021. Saya lebih teruja apabila mengetahui bahawa saya akan dapat mewakili negara saya di pentas yang saya akan bersaing dengan rakan negara lain," katanya.

Beliau berharap semua orang akan terus menyokongnya semasa pertandingan akhir dan melawat Instagram Miss Teen Universe untuk mengundinya.

Dheper memakai mahkota pertamanya apabila memenangi Miss Teen International Malaysia 2018/2019 dan sejak itu telah bertanding dalam dua pertandingan antarabangsa, Miss Teen Universe 2019 di New Delhi, India dan Miss Tourism Global City di Guangdong, China tahun ini.

Beliau berjaya mara ke peringkat akhir Miss Teen Universe 2019 dan disenaraikan dalam Top 20 dalam Miss Tourism Global City.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.042485 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list