View: 445|Reply: 0
|
[Borneo]
[ Edisi Alert ] 7 kanak-kanak meninggal dunia akibat komplikasi serius Covid-19
[Copy link]
|
|
Ades ... seriau baca berita camni ...
![](https://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2021/05/noor-hisham-abdullah-fmt-080521-2.jpg)
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan tujuh kanak-kanak meninggal dunia disebabkan sindrom keradangan pelbagai sistem (MIS-C) yang merupakan penyakit serius akibat jangkitan Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian MIS-C Malaysia Study Group mendapati 174 kes dikenal pasti di Malaysia, dengan 57% daripadanya membabitkan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.
“MIS-C adalah salah satu penyakit yang serius akibat jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak. Walaupun ianya jarang berlaku, namun MIS-C ini boleh membawa bahaya dan maut.
“Sejumlah besar dari kanak-kanak ini memerlukan rawatan kritikal di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU). Tujuh kes telah disahkan meninggal dunia,” katanya dalam catatan Facebook.
Justeru, beliau menasihatkan ibu bapa membawa anak berumur lima hingga 11 tahun mendapatkan vaksin dengan segera.
Katanya, vaksin Comirnaty untuk kanak-kanak menggunakan formulasi selamat dan dos bersesuaian untuk golongan itu.
MIS-C adalah komplikasi serius Covid-19, iaitu keradangan pada pelbagai organ seperti jantung, paru-paru, pembuluh darah serta buah pinggang.
credit
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|