View: 549|Reply: 3
|
[Sarawak]
Kanak-kanak 7 tahun lemas di salah satu pusat peranginan Lundu
[Copy link]
|
|
LUNDU: Percutian lima sekeluarga bercuti di sebuah pusat peranginan di sini berakhir dengan tragedi apabila seorang daripadanya ditemui lemas.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi, mangsa, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sedang mandi di kolam renang kanak-kanak bersama dua adik beradiknya sambil ditemani ibu mangsa.
Ketua Polis Daerah Lundu Deputi Superintendan Damataries Lautin berkata, selang 30 minit kemudian, ibu mangsa dimaklumkan oleh anak sulungnya bahawa mangsa telah lemas dalam kolam renang tersebut.
"Mangsa disedari lemas oleh orang awam yang secara kebetulan mandi bersama ketika itu sebelum dibawa naik ke atas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Damataries, usaha memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa telah dilakukan oleh ibunya namun mangsa tidak memberikan sebarang tindak balas.
Mangsa seterusnya dikejarkan ke Hospital Lundu untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan punca kematian adalah disebabkan lemas.
"Segala percakapan saksi telah dirakam manakala mangsa dijangka berada dalam air selama 30 minit sebelum disedari orang ramai," katanya.
SarawakUpdate
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kolam kanak2 kan biasa paras lutut dewasa je...mcm mane boleh lemas tu...ke die p ke kolam dewasa ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kan ... selalu nya yang untuk budak2 tu paras lutut jer air nya ...
mencari2 juga berita lebih detail... tak jumpa ...
menda dah terjadi... sebab tu bila budak2 d bawa ke tempat camni... kena la pantau sentiasa
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 21-2-2022 12:31 PM
kan ... selalu nya yang untuk budak2 tu paras lutut jer air nya ...
mencari2 juga berita lebih det ...
Itulaa...kot budak tu excited main jatuh tersembam dlm air lambat bangun n makpak tak perasan...tu lemas tu...
Memg benda dah jd tapi mesti terkilan hilang anak sbb kelalaian sndiri ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|