CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 530|Reply: 1

[Pulau Pinang] Buruh menyamar anggota polis tunjuk gari ditahan

[Copy link]
Post time 16-2-2022 01:54 PM | Show all posts |Read mode

Sepasang gari dan telefon bimbit turut dirampas daripada suspek.

KEPALA BATAS - Polis menahan seorang buruh yang menyamar sebagai anggota polis dan menghantar rakaman video menunjukkan sepasang gari untuk menakut-nakutkan seorang peniaga berkaitan isu rumah sewa pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan di tepi jalan di Bertam di sini pada jam 10 pagi selepas menerima laporan daripada mangsa pada hari sama.

"Siasatan mendapati suspek dipercayai merakam video berkenaan dengan niat untuk menakut-nakutkan serta meminta mangsa yang berusia 32 tahun menghormati dia yang kononnya seorang anggota polis.

"Suspek berbuat demikian selepas dia dan mangsa mempunyai masalah berkaitan isu rumah sewa sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk membuat rakaman serta sepasang gari bersama anak kunci daripada suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam. Ia memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis tanpa kebenaran, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya," katanya.

Rahimi turut menasihati orang awam agar tidak sewenang-wenangnya menyamar sebagai seorang penjawat awam kerana ia merupakan satu kesalahan jenayah.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tunjuk-gari-ditahan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 02:01 PM | Show all posts
banyak dah kes menyamar ni.. mana la dia dpt gari berkarat karat dah tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.098999 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list