CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 402|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ibu kutu didenda RM50,000

[Copy link]
Post time 15-2-2022 03:05 PM | Show all posts |Read mode

NOR JAIMAH membayar denda berkenaan. FOTO DANIAL SAAD

Butterworth: Seorang penjual nasi lemak didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menganjurkan kumpulan 'wang kutu' dengan menawarkan pulangan berlipat kali ganda pada 2018.

Tertuduh, Nor Jaimah Kamarudin, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menganjurkan kumpulan wang kutu yang disertai lima individu melalui laman sosial Facebook antara Januari hingga Ogos 2018.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumahnya di Kubang Semang, Bukit Mertajam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3 (1) Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971 (Akta28) yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM500,000 atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Mohd Iqbal Mohd Yusoff manakala tertuduh diwakili peguam Shamsher Singh Thind.

Shamsher memohon mahkamah meringankan hukuman kepada anak guamnya dengan alasan tertuduh adalah peniaga nasi lemak di gerai tepi jalan dan perlu menyara tiga anak berusia empat hingga lapan tahun.

Bagaimanapun, Mohd Iqbal meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam supaya tidak terbabit dalam kegiatan itu.

Ini kerana, katanya kesalahan berkenaan adalah serius memandangkan ia bukan kaedah kutu tradisional, sebaliknya menawarkan pulangan berlipat kali ganda dengan syarat perlu mencari ahli seramai mungkin.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM50,000 dan jika gagal bayar tertuduh akan dipenjara selama setahun.

Tertuduh membayar denda berkenaan.

Pada September 2020, Nor Jaimah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Butterworth kerana kebanyakan saksi berada di negeri ini.

Ketika itu, wanita berkenaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama bagaimanapun tertuduh menukar pengakuannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.029067 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list