![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220214/srk-ub140222-ks-terbakar-1.jpg)
MUSNAH: Kebakaran Dewan Masyarakat di Kampung Nyabor, awal pagi tadi.
SARATOK: Sebuah dewan masyarakat musnah terbakar dalam satu kejadian di Kampung Nyabor, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Muhd Shukur Jamaludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran bangunan separuh kekal itu pada jam 3.38 pagi terus bergegas ke lokasi kejadian.
"Ketika sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati Dewan Masyarakat Kampung Nyabor sedang terbakar.
"Berdasarkan situasi tersebut, pasukan bomba telah bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan sumber air terbuka dari Sungai Nyabor," katanya kepada media, hari ini.
Menurut Muhd Shukur, pihak bomba turut berusaha menyelamatkan sebuah tabika yang terletak bersebelahan dengan dewan terbabit dari terbakar.
"Usaha mengawal dan memadam kebakaran tersebut telah berjaya dilakukan sepenuhnya pada jam 6 pagi tadi.
"Dewan tersebut telah musnah pada tahap 70 peratus, namun tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan berlaku.
"Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam lagi dalam siasatan," jelas Muhd Shukur lagi.
utusanborneo.com.my/2022/02/14 |