CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 0

[Sarawak] Gamatkan kembali Stadium Negeri

[Copy link]
Post time 13-2-2022 03:44 PM | Show all posts |Read mode


SEMAWI dan Sathianathan melakukan lawatan ke Stadium Negeri, Petra Jaya bersama pihak SSC dan FAS , kelmarin.• Foto FAS

PEMINAT sukan bola sepak di Bumi Kenyalang khususnya penyokong pasukan Sarawak United FC dan Kuching City FC yang berentap dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) kini boleh menggamatkan kembali Stadium Negeri Petrajaya Kuching bermula 4 Mac depan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Semawi Mohamad berkata, pihaknya de- ngan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) kini sedang giat melakukan persiapan terakhir menjelang bermulanya kempen Liga M 2022 musim ini.

“Setakat ini persiapan dari segi fasiliti di Stadium Negeri yang akan menjadi venue utama Sarawak United FC dan Kuching City FC bagi berentap pada kejohanan berprestij itu berjalan dengan lancar.

“SSC perlu memastikan semua fasiliti dari segi padang, bilik persalinan dan kebersihan dalam keadaan baik dan memuaskan sebelum Malaysia Football League (MFL) membuat peme- riksaan dalam masa terdekat,” katanya semasa melakukan lawatan ke Stadium Negeri, Petra Jaya bersama pihak FAS, kelmarin.

Turut hadir Pengarah Teknikal Sarawak United FC, B. Sathianathan. Semawi berkata SSC dan FAS juga merangka persediaan menganjurkan perlawanan pertama Liga Super 2022 yang dijadual berlangsung pada 4 Mac depan yang menemukan Sarawak United FC menentang Kedah FA.

Manakala Kuching City FC akan memulakan kempen Liga Premier 2022 menentang PDRM FC pada 7 Mac di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

“Dari segi persiapan, ia sudah lengkap sepenuhnya. Namun kita mahu menjadikannya lebih baik kerana ia melibatkan imej Sarawak.

“Padang mesti dalam keadaan baik dan kita mahu menunjukkan kepada MFL bahawa kita sudah bersedia,” ujarnya.

Bagaimanapun jelasnya, jumlah penyokong yang dibenarkan masuk dalam satu-satu perlawanan hanya 50 peratus dari kapasiti stadium.

Bagaimanapun, kebenaran itu tertakluk kepada keputusan pihak MFL dan situasi semasa pandemik Covid-19.


February 11, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.477422 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list