CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Sarawak] Isu kewarganegaraan: Langkah bantu rakyat Sarawak

[Copy link]
Post time 13-2-2022 11:00 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri telah mewujudkan semula Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Peringkat Negeri Sarawak di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) negeri, Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, jawatankuasa itu hanya memperakukan syor permohonan kewarganegaraan di bawah perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini katanya, jawatankuasa khas kewarganegaraan di bawah perkara 15A Perlembagaan Persekutuan wujud pada 2016 namun ‘terhenti’ selepas peralihan tampuk pemerintahan di peringkat pusat.

”Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar diteruskan semula jawatankuasa khas tersebut kerana ia merupakan antara isu utama yang dihadapi segelintir masyarakat Sarawak kini,” katanya.

“Taraf warganegara seseorang kanak-kanak di Malaysia adalah berdasarkan taraf warganegara ibu kandungnya jika ibu-bapa mereka tidak berkahwin secara sah.

“Jika ibunya bukan warganegara Malaysia, maka kanak-kanak tersebut diberi taraf bukan warganegara.  Setelah ibu-bapa berkahwin secara sah, mereka boleh memohon taraf kewarganegaraan dibawah Perkara 15A jika anak tersebut dibawah 21 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sidang media mesyuarat penyelarasan bagi isu dokumen pengenalan diri di Sarawak di Baitul Makmur II, Kuching di sini semalam seperti dipetik TVS.

“Syarat kelayakan permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan adalah pemohon dan orang yang didaftarkan hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan permohonan di Jabatan Pendaftaran Negara.

“Orang yang didaftarkan hendaklah berumur kurang daripada 21 tahun pada tarikh permohonan dikemukakan.

“Nyatakan sebab memohon warganegara dalam keadaan khas di ruangan F dan Para A dalam borang permohonan atau berserta dengan lampiran berasingan jika ruangan tidak mencukupi.

“Permohonan hendaklah dikemukakan oleh ibu atau bapa atau penjaga yang mempunyai talian persaudaraan,” katanya lagi.


sarawakvoice.com/2022/02/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.462495 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list