CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 414|Reply: 0

[Pulau Pinang] MBPP sedia hadapi cuaca luar biasa

[Copy link]
Post time 11-2-2022 01:41 PM | Show all posts |Read mode
MBPP sedia hadapi cuaca luar biasa
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 11 Februari 2022


Kakitangan MBPP sedang menyelenggarakan pokok berisiko di tepi jalan di bandar Georgetown.


GEORGETOWN - Kakitangan pembersihan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menggandakan tugasan pembersihan longkang, parit dan kawasan sekitar sebagai persediaan menghadapi fenomena cuaca luar biasa.


Pihak berkuasa tempatan itu melalui kenyataan pada Jumaat memaklumkan, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran MBPP mengambil langkah berkenaan berikutan cuaca tidak menentu sejak minggu lalu.


"Wira-wira Baju Kuning telah memulakan tugas-tugas mereka seawal jam 7 pagi setiap hari sehingga selesai. Contohnya pada hari ini (Jumaat), mereka telah melaksanakan kerja pembersihan parit di kampung belakang Pasar Jalan Perak serta sisa sampah sarap dan daun-daun kering," kata kenyataan itu.


MBPP memaklumkan pembersihan parit bertutup secara menyeluruh melibatkan kawasan 'hotspot' banjir, penyelenggaraan pokok di tepi jalan dan mahu penduduk menjaga kebersihan.


"Sebanyak 300 batang pokok di tepi jalan yang berisiko dikenalpasti untuk pelaksanaan penyenggaraan segera. Jabatan Landskap MBPP telah menyelenggara sebanyak 3,000 pokok sejak awal Januari tahun ini sehingga kini," kata kenyataan itu.



Longkang dan parit dibersihkan bagi mengelakkan berlaku banjir dalam keadaan cuaca tidak menentu.


Selain itu, Skuad Pantas MBPP membabitkan 15 tenaga kerja pada satu masa juga bersedia menguruskan bantuan kecemasan bersama peralatan khas termasuk trak dan kren selain pemantauan berterusan oleh Pusat Intelligent Operations Centre (IOC) MBPP.


Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu laporan sebelum ini memaklumkan, penduduk Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak dinasihatkan berwaspada susulan amaran ribut petir dan hujan lebat pada malam Selasa.


Cuaca buruk itu melibatkan seluruh bahagian Pulau Pinang dan Perak sehingga jam 9 malam.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... pi-cuaca-luar-biasa
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.047788 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list