CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

[Sarawak] Industri songket Sarawak dibincang bersama

[Copy link]
Post time 10-2-2022 10:52 AM | Show all posts |Read mode


Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan menerima menghadap isteri Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di Istana negeri di sini.

Juma’ani merupakan Penaung Projek Inovasi Warisan Sarawak: Songket dan Keringkam.

Kunjungan yang bermula pada pukul 3 petang itu turut disertai Menteri Muda Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri Persekutuan, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan), Datu Dr. Sabariah Putit, Pengarah (Bahagian Pengurusan Banduan) Jabatan Penjara Malaysia yang mewakili Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, Ajidin Salleh dan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Mohamad Rosidek Musa.

Kunjungan tersebut bagi membincangkan kemajuan dan pembangunan industri songket di negeri Sarawak hasil usahasama antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Penjara Malaysia.

Pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam itu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bagi hala tuju industri tekstil songket hasil daripada usahasama ini.

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.083048 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list