CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 0

[Sarawak] Strategi bendung rasuah di Sarawak

[Copy link]
Post time 10-2-2022 02:32 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Enam agensi kerajaan akan terlibat dalam projek rintis Sistem Pengurusan Antirasuah (SPAR) MS ISO 37001:2016 bermula tahun ini bagi membanteras dan membendung amalan rasuah di negeri ini.

Menurut  Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Hutan, Jabatan Agama Islam, Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan Regional Corridor Development Authority (RECODA) dipilih untuk projek pengurusan antirasuah itu.

“Agensi kerajaan harus memberikan perkhidmatan terbaik bukan sahaja kepada rakyat bahkan juga pemegang taruh,” katanya.

“Justeru, kementerian, agensi kerajaan, pengawal selia dasar dan peraturan perlu bertindak dengan lebih proaktif dalam membangunkan peraturan yang lebih berkualiti dan telus,” katanya pada Majlois pelancaran Projek Perintis Ms ISO 3700:016 Sistem Pengurusan Antirasuah di sini, semalam.

“Peraturan yang disediakan bukan sahaja untuk dipatuhi malahan dapat membendung sesuatu yang bertentangan dengan peraturan seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan serta ketirisan daripada berlaku

Menurutnya SPAR merupakan satu sistem kawalan dalaman sesebuah organisasi bagi mengesan, mencegah, mengendali, menguatkuasakan, menilai serta menambah baik pengurusan antirasuah secara lebih berkesan.

Katanya, selain  itu ia menggariskan pelbagai dasar dan prosedur yang boleh dipatuhi dan digunakan oleh organisasi sebagai ukuran kawalan sistem pencegahan rasuah.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.069255 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list