View: 428|Reply: 2
|
[Sarawak]
Rangka lelaki ditemui di rumah kedai di Kuching
[Copy link]
|
|
KUCHING : Seorang kontraktor yang ingin melakukan penyelengaraan bangunan di Malehah Central, Jalan Matang dikejutkan dengan penemuan rangka seorang lelaki sekitar jam 11 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata rangka itu ditemui di sebuah rumah kedai bangunan tersebut.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata berdasarkan penemuan beberapa barang peribadi mangsa, mangsa dikenal pasti sebagai Chrissie Hynde Thompson Jamban berusia 28 tahun dan beralamat di Taman Alamanda Indah, Jalan Belatok.
Jelasnya, mangsa sebelum ini dilaporkan hilang oleh ibunya pada 15 November 2021 di mana mangsa sebelum itu juga menyatakan tidak ingin tinggal bersama keluarga serta ingin berdikari.
Ibu mangsa turut memberitahu mangsa tiada sebarang selisih faham dengan keluarga.
Rangka mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya.
Superintenden Abang Zainal mendedahkan siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui di lokasi penemuan rangka dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.
![](https://scontent.fbki2-1.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/273240153_3136305713321768_462332882199487519_n.jpg?_nc_cat=103&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=0V_5XImA-0cAX-ZMGWd&_nc_ht=scontent.fbki2-1.fna&oh=00_AT_SpulEEZvTldwZPeMBYwRUhQoN73zGh8NETn5kfC6N6g&oe=62080B0D)
![](https://scontent.fbki2-1.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/273246405_3136305753321764_3234080694271559437_n.jpg?_nc_cat=103&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=lBxu1Bkc_F4AX8V8xhC&tn=f0XTkFLjajiV7btZ&_nc_ht=scontent.fbki2-1.fna&oh=00_AT98SR2IH1-ZykDH1OigkCgtu3091ltiJbdvtt19w77fAg&oe=6208AB36)
BBCats
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PADAWAN: Satu rangka manusia ditemui di sebuah di rumah kedai di Malehah Central, Jalan Matang, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata rangka seorang lelaki tersebut ditemui kira-kira jam 11.30 pagi oleh seorang pekerja semasa membuat kerja penyelengaraan di bangunan tersebut.
Katanya, pekerja terbabit bertindak memecahkan pintu kerana ia berkunci dari dalam bagi tujuan kerja-kerja penyelengaraan bangunan rumah kedai itu lalu menemukan rangka badan manusia tersebut.
“Siasatan awal menunjukkan tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan mangsa dianggarkan telah meninggal dunia dua minggu yang lalu oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi kejadian.
“Barang kepunyaan mangsa turut dijumpai di tempat kejadian seperti kad pengenalan, telefon bimbit, wang tunai, beg dan pakaian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mangsa dikenali pasti pemuda berumur 28 yang dilaporkan hilang berdasarkan penemuan kad pengenalan dan telefon bimbit mangsa.
Jelasnya, ibu mangsa telah membuat laporan polis pada 15 November 2021 mengenai kehilangan mangsa.
“Menurut ibu mangsa, mangsa tidak berminat untuk tinggal bersama keluarga serta ingin berdikari dan mencari pekerjaan sendiri.
“Tiada perselisihan faham antara mangsa dengan ahli keluarga,” katanya.
Abang Zainal Abidin berkata, mangsa telah dihantar ke bilik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.
Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220209/jejejejejeje.jpeg)
Rangka lelaki hilang sejak Nov dijumpai di rumah kedai
KUCHING: Rangka seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas ditemui di sebuah rumah kedai di Malehah Central, Jalan Matang hari ini.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata rangka ditemui oleh seorang kontraktor yang ingin melakukan penyelengaraan di bangunan tersebut sekitar jam 11 pagi tadi.
Identiti mangsa dikenalpasti sebagai Chrissie Hynde Thompson Jamban, 28, beralamatkan dari Taman Alamanda Indah, Jalan Belatok berdasarkan penemuan beberapa barang peribadi mangsa.
"Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang oleh ibunya pada 15 November 2021, di mana mangsa sebelum itu juga pernah memberitahu tidak ingin tinggal bersama keluarga serta ingin berdikari. Ibu mangsa juga memberitahu mangsa tiada sebarang selisih faham dengan keluarga," katanya menerusi satu kenyataan.
Tambahnya, rangka mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya.
Abang Zainal selain itu turut mengesahkan siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui di lokasi penemuan rangka mangsa.
"Pintu tempat tersebut juga berkunci dari dalam dan terpaksa dipecahkan untuk masuk ke dalam. Selain itu, pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan juga menganggarkan mangsa telah meninggal dunia lebih dari dua minggu dari tarikh dijumpai," katanya.
Jelasnya juga, beberapa barang kepunyaan mangsa seperti kad pengenalan dan telefon bimbit turut ditemui di lokasi kejadian.
Kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|