View: 336|Reply: 0
|
[Sarawak]
Bot tunda ditahan, beroperasi guna dokumen tamat tempoh
[Copy link]
|
|
![](https://scontent.fkul8-1.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/p180x540/273214405_3136064936679179_1488786491091156835_n.jpg?_nc_cat=107&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=Xup2ljcNPlAAX8itkaC&_nc_ht=scontent.fkul8-1.fna&oh=00_AT9ZeEe8Nehl_I7BPz-gS-jP5RFyiHevc_QRLJzrg59OXw&oe=6207D908)
BINTULU, 9 Feb: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot tunda yang sedang berlayar tanpa muatan pada jarak kira-kira satu batu nautika dari muara Sungai Kemena sekitar jam 7.20 malam semalam.
Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut mendapati dokumen ‘Domestic Shipping License’ (DSL) telah tamat tempoh.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata bot tersebut dikendalikan oleh seorang lelaki warga India berusia 29 tahun yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap.
Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukan hukuman denda dan penjara jika disabit kesalahan.
BBCats
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|