CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 465|Reply: 0

[Pulau Pinang] Enam termasuk bekas pembantu pegawai khas Exco ditahan

[Copy link]
Post time 9-2-2022 02:09 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 9-2-2022 02:10 PM

Enam termasuk bekas pembantu pegawai khas Exco ditahan
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 09 Februari 2022





GEORGETOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan enam individu dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berkaitan satu program membabitkan golongan penjaja melibatkan nilai rasuah lebih RM80,000.


Menurut sumber, keenam-enam individu masing-masing tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 25 hingga 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Pulau Pinang pada petang Selasa.


Sumber berkata, individu terbabit termasuk seorang bekas pembantu pegawai khas Exco negeri berusia 42 tahun dipercayai mengemukakan butir matan palsu berkaitan pembekalan peralatan melibatkan enam buah syarikat sedangkan program pada 2020 tersebut tidak dilaksanakan.


"Tiga individu kini ditahan di lokap SPRM Pulau Pinang dan akan dilepaskan dengan jaminan SPRM dalam tempoh 24 jam manakala tiga lagi akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang esok untuk permohonan reman," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Lim Bee Kean ketika dihubungi berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... i-khas-Exco-ditahan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.035181 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list