CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 526|Reply: 1

[Pulau Pinang] Angin kencang, penunggang motosikal berhenti di Jambatan Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 9-2-2022 08:44 AM | Show all posts |Read mode
Angin kencang, penunggang motosikal berhenti di Jambatan Pulau Pinang

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Februari 8, 2022 @ 9:19pm[email protected]




Tangkap layar menunjukkan puluhan penunggang motosikal terpaksa memberhentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan Jambatan Pulau Pinang susulan hujan lebat dan angin kencang yang berlaku petang tadi. - Foto tular



GEORGETOWN: Penunggang motosikal terpaksa memberhentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan Jambatan Pulau Pinang, di sini, susulan hujan dan angin kencang yang berlaku petang tadi.

Keadaan itu dapat dilihat menerusi dua video tular berdurasi 59 dan 31 saat yang dirakamkan pengguna jalan raya ketika melalui jambatan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh, mengesahkan kejadian menerusi video tular itu.

"Angin kencang menyukarkan pemanduan penunggang motosikal dan bagi keselamatan, mereka terpaksa berhenti di bahu jalan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menerusi video itu, turut kelihatan keadaan laut yang bergelora selain kenderaan bergerak perlahan di atas jambatan terbabit.

Pengguna Facebook, Siti Safiyah turut berkongsi pengalamannya dalam kejadian itu.

"Tiga kali saya memberhentikan motosikal di atas jambatan kerana tidak mampu bergerak selepas ditolak angin kencang," katanya.

Terdahulu, Boon Poh turut mengesahkan menerima maklumat daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terdapat hampir 20 laporan mengenai kejadian pokok tumbang dan kerosakan struktur susulan hujan dan angin kencang.

Antara lokasi itu di Air Itam, Bayan Baru, Lintang Pangkor, Jalan zainal Abidin, Jalan Sungai dan Jalan Masjid Negeri di sini.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2022 08:45 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.033502 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list