CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 547|Reply: 1

[Pulau Pinang] Pokok tumbang, bumbung tercabut dalam ribut di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 8-2-2022 07:47 PM | Show all posts |Read mode
Pokok tumbang, bumbung tercabut dalam ribut di Pulau Pinang
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 08 Februari 2022


Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian petang Selasa.


GEORGETOWN - Beberapa kawasan di Georgetown dilanda ribut menyebabkan beberapa struktur bumbung tercabut selain pokok tumbang dalam kejadian pada petang Selasa.


Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan angin kuat kira-kira jam 5 petang.


Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, laporan yang diterima daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang, terdapat beberapa laporan pokok tumbang di Jalan Zainal Abidin, laluan jip ke Bukit Bendera dan Jalan Tengku.


Menurutnya, dalam kejadian di Jalan Tengku, Jelutong sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.


Struktur bumbung di medan makan di Sungai Ara tercabut dan rosak teruk dalam kejadian ribut pada petang Selasa.


"Selain itu, bangunan medan makan berdekatan stadium mini Sungai Ara dan deretan kedai makan di Taman Abidin rosak selepas sebahagian struktur bumbung tercabut.


"Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.


Menurut salah seorang penduduk di Sungai Ara, kejadian berlaku terlalu pantas namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.


"Angin kuat pukul, struktur bumbung ni terangkat sekali. Tak sempat nak buat apa-apa.


"Baru berlaku jam 5 petang tadi. Tak sampai lima minit, sat ja, dah jadi macam ni," katanya.


Kakitangan pembersihan MBPP sedang mengalihkan dan membersihkan pokok tumbang di Gerbang Midlands (ihsan MBPP).


Sementara itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di dalam Facebooknya melaporkan, kejadian pokok tumbang turut dilaporkan berlaku di Gerbang Midlands.


"Orang ramai diminta supaya berhati-hati semasa berada di luar rumah dan sentiasa mengawasi ahli keluarga anda ketika keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.


"Sebarang aduan mengenai banjir, tanah runtuh, pokok tumbang dan lain-lain, sila hubungi Hotline MBPP di talian 04-263 7000, 04-263 7637 atau 016-2004082 (WhatsApp)," katanya.


Sebelum ini, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu laporan berkata, penduduk di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak dinasihatkan supaya berwaspada susulan amaran ribut petir dan hujan lebat pada malam Selasa.


Cuaca buruk itu melibatkan seluruh bahagian Pulau Pinang dan Perak sehingga jam 9 malam.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... but-di-Pulau-Pinang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2022 10:53 PM | Show all posts
Nasib baik tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan, semoga penduduk di sana tabah dalam menghadapi dugaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.059320 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list