CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 676|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 13 'Superman' bermalam di lokap

[Copy link]
Post time 6-2-2022 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Seremban: Kehangatan malam minggu dua kumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi 'Superman' dan bersaing sesama sendiri di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) di daerah ini sehingga ke ibu kota, berakhir di lokap polis, awal pagi hari ini.

Menerusi Operasi Khas Samseng Jalanan dilakukan Unit Risikan Operasi (RO) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman itu, seramai 13 individu berusia 16 hingga 28 tahun ditahan.

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Nazri Hussain berkata, dua kumpulan itu dikesan melakukan kesalahan masing-masing di Kilometer (KM) 262 hingga 268 dan KM 257 hingga 263.

"Unit RO membuat pemantauan di lebuh raya berkenaan pada 12 tengah malam sebelum mendapati lapan penunggang motosikal yang menunggang sambil melakukan aksi meniarap (Superman) dan bersaing sesama sendiri.

"Kesalahan dikesan dilakukan dari KM 262 hingga 268 arah utara dan Unit RO mengekori semua penunggang itu sebelum enam daripada mereka berhenti di sebuah stesen minyak di Jalan Tun Razak lalu ditahan," katanya ketika dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, dua lagi individu ditahan di sebuah lagi stesen minyak di Jalan Tun Razak.

Menurutnya, sekumpulan lagi penunggang motosikal dikesan melakukan aksi Superman, bersaing sesama sendiri, melakukan zig-zag dan menundukkan kepala dari KM 257 hingga 263.

"Unit RO mengekori kumpulan itu sebelum mereka berhenti di sebuah stesen minyak dekat Technology Park, Lebuh Raya Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 1.25 pagi.

"Anggota kami memperkenalkan diri dan menahan lima suspek," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.437082 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list