View: 3988|Reply: 5
|
Ada simptom mati pucuk, tak keras...p*ncut awal? Jangan malu mai la masuk jap bang oi!!!
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 4-2-2022 07:07 PM
KUALA LUMPUR – Isu membabitkan kesihatan dalaman dan kejantanan golongan lelaki mungkin masih dianggap taboo hingga kini.
Pendek kata ia banyak dipendam sendiri golongan suami khususnya hingga ramai yang menafikan permasalahan berbangkit mereka itu.
Masalah ini perlu diberi perhatian dalam memastikan keharmonian dalam sesebuah rumah tangga berkekalan. Lebih utama perasaan malu dan ego golongan terbabit harus diketepikan.
Masalah mati pucuk dan lemah tenaga batin antara yang sering dikaitkan dan berbangkit terutama lelaki yang meningkat usia. Malah saiz ukuran zakar turut dilihat menjadi penentu sehingga wujud kehadiran produk membesarkannya di pasaran.
Justeru, syarikat Suami Sihat Sdn. Bhd. terpanggil mahu menyediakan khidmat kesihatan sehabis baik untuk lelaki dan suami melalui perkongsian di portal SuamiSihat.com.my.
Pengasas bersama, Idham Fitriadi berkata, dia optimis portal itu mampu mendidik ramai lagi lelaki supaya memandang serius hal berkenaan kesihatan lelaki.
Katanya, golongan lelaki di negara ini sering memandang remeh mengenai kesihatan mereka. Malah sukar untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan hingga kerap menyelesaikan masalah sendiri menggunakan produk pelik dan amalan mengarut hasil carian di internet.
“Pelbagai cara turut digunakan sebagai jalan pintas untuk mengatasi masalah itu seperti menggunakan minyak lintah, pam vakum dan suntikan silikon pada zakar. Ada yang tahap menanam besi bebola pada zakar disebabkan terpengaruh dengan ilmu mengarut yang kononnya kaedah itu dapat memberikan kenikmatan seks yang luar biasa.
Tambah Idham lagi, matlamat utama ialah menyediakan sebuah pusat sehenti bertujuan membina komuniti yang peka terhadap kesedaran kesihatan lelaki sekali gus menyangkal segala salah faham yang terjadi.
“SuamiSihat ditubuhkan sejak tahun 2016 lagi membabitkan tiga pengasas bersama.
“Malah pihak kami kerap mengadakan sesi ‘live’ di Facebook bersama doktor dan pakar bidang kesihatan lelaki. Ia terbuka untuk sesiapa yang mempunyai kemusykilan berkenaan topik kesihatan lelaki.
“Kita mahu jadikan kesedaran kesihatan lelaki ini, sesuatu yang seksi dan sensual,” katanya.
Jelas Idham, usaha itu juga bertujuan supaya mereka lebih terbuka untuk berjumpa dengan doktor dan bukan hanya bergantung kepada petua tradisional semata-mata.
“Dalam masa sama, kami juga mengambil kira semua persoalan pembaca untuk memastikan setiap perkongsian yang disajikan kekal relevan dan sesuai untuk keadaan semasa.
‘Layari SuamiSihat.com.my untuk mengetahui lebih lanjut atau cari laman Facebook SuamiSihat. Jangan segan, kami sedia menerima sebarang pertanyaan.
“Kami juga ada menubuhkan pergerakan komuniti yang telah disertai oleh lebih 25,000 suami di Telegram,” katanya.
https://malaysiagazette.com/2022 ... ndam-masalah-batin/
|
|
|
|
|
|
|
|
Ingat, tak sihat tak apa, janji kaya! |
|
|
|
|
|
|
|
Bam Jat hanya tersenyum di bucu katil |
|
|
|
|
|
|
|
Ada org bgtau saya, nak tau lelaki tu hebat atau tak kat katil, tengok bilangan anak.
Kalau terlalu berderet, setahun satu, sahhhhhh lelaki tu lemahhh. Tak dapat kawal, panc** awal. Wife baru nak feeling, dah setel.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|