CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 372|Reply: 1

[Dunia] 17 maut ambil kokain tercemar

[Copy link]
Post time 4-2-2022 11:41 AM | Show all posts |Read mode

AHLI-AHLI keluarga daripada 17 mangsa yang dimasukkan ke hospital akibat mengambil kokain bercampur bahan toksik dilihat di Hospital San Bernardino di Hurlingham, wilayah Buenos Aires kelmarin. - AFP

17 maut ambil kokain tercemar

BUENOS AIRES – Sekurang-kurangnya 17 orang mati dan 56  yang lain dimasukkan ke hospital di Buenos Aires selepas mereka mengambil kokain bercampur bahan toksik, berkemungkinan opioid, kata pihak berkuasa kelmarin.

Polis berkata, pihaknya masih berusaha untuk mengenal pasti bahan beracun itu dan memberi amaran kepada mereka yang membeli dadah tersebut dalam masa 24 sebelum itu supaya membuangnya.

Ketua keselamatan wilayah Buenos Aires, Sergio Berni memberitahu saluran televisyen Telefe bahawa pihak berkuasa sedang mengesan lokasi bahan toksik itu digunakan untuk ‘memusnahkannya daripada edaran’.

Kira-kira 100 orang ditangkap selepas polis menyerbu sebuah rumah di kejiranan miskin Tres de Febrero di mana kokain tersebut dipercayai dijual.

Sejumlah peket berisi kokain menyerupai peket yang diceritakan oleh waris mangsa juga telah dirampas.

Semua dadah itu dibawa ke sebuah makmal di La Plata yang merupakan ibu negeri wilayah Buenos Aires untuk dianalisis.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran kecemasan awal kelmarin selepas tiga hospital berasingan melaporkan sejumlah kematian dan kes keracunan serius. Lewat hari yang sama, sebanyak 8 hospital merawat sejumlah pesakit yang mengambil kokain toksik.

Laporan awal menyebut bahawa mangsa mengalami sawan dan serangan jantung mengejut.

Pihak berkuasa kesihatan menyatakan, sekurang-kurangnya empat mangsa merupakan lelaki berusia antara 32 hingga 45 tahun.

“Terdapat ramuan utama dalam kokain tercemar itu yang menyerang sistem saraf manusia,” kata Beni. – AFP

https://www.kosmo.com.my/2022/02 ... il-kokain-tercemar/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2022 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguih untok depa. Punggahhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.049986 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list