CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 669|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Jual kereta klon menerusi Telegram

[Copy link]
Post time 3-2-2022 02:24 PM | Show all posts |Read mode

HANIF Yusabra menunjukkan aplikasi Telegram yang digunakan sindiket penjualan kereta klon. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin



Seremban: Sindiket penjualan kereta klon kini dikesan menggunakan kumpulan atau 'group' di aplikasi Telegram bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan, selain menjadi satu daripada teknik pemasaran baharu.

Berdasarkan pemantauan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, pelbagai kereta berjenama dari luar negara dijual pada harga bawah RM20,000, malah ada yang berharga RM5,000 turut dipromosi dalam kumpulan berkenaan dan media sosial lain.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, sepanjang 2021 sebanyak 44 kenderaan disita pihaknya atas pelbagai kesalahan dan empat daripadanya adalah kenderaan klon.

"Kenderaan klon adalah kenderaan tidak berdaftar yang menyerupai kenderaan lain yang sah daripada segi jenama, buatan, model dan nombor pendaftaran.



"Jika dahulu sindiket melakukan aktiviti ini secara senyap, namun kini mereka lebih terbuka dengan mengiklankan kereta melalui media sosial dengan menggunakan nama kereta murah, malah permintaan juga amat membimbangkan," katanya ketika sidang media, hari ini.

Hanif Yusabra berkata, dengan teknik terbaru sindiket berkenaan, pihaknya khuatir orang ramai akan mudah terpengaruh dengan tawaran harga kereta mewah yang tidak masuk akal.

"Kereta mewah dan berjenama yang diimport dari luar negara dijual pada harga kurang daripada RM20,000 malah ada boleh dibeli pada harga RM5,000 sahaja.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah tertipu dengan tawaran berkenaan. Meskipun harganya murah, namun ia memberi risiko besar kepada pemiliknya jika berlaku kemalangan.

"Pemilik juga boleh disiasat atas empat kesalahan utama mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memiliki kenderaan bermotor yang tidak berdaftar, mempamerkan nombor pendaftaran bukan kepunyaannya, mempamerkan cukai jalan bukan kepunyaannya dan tiada insurans," katanya.

Beliau berkata, terdapat juga pemilik kereta asal yang bersekongkol dengan sindiket kereta klon dengan membuat cukai jalan dan insurans baru dengan alasan kereta dicuri atau hilang sebelum menggunakannya pada kenderaan klon.

Beliau berkata, dari 2016 hingga kini terdapat 64 daripada 271 kenderaan sita yang masih dalam simpanan JPJ Negeri Sembilan adalah kenderaan klon.

"Kami akan mengadakan lelongan awam kenderaan sita di Dewan Orang Ramai Taman Tasik Jaya, di sini, pada 15 Februari depan.

'Penjualan buku lelong dibuat pada 7 hingga 10 Februari depan di kaunter JPJ Cawangan Seremban, Kuala Pilah dan Jempol pada harga RM50," katanya.


Disiarkan pada: Februari 3, 2022 @ 1:21pm

Kredit : Harian Metro



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2022 06:03 PM | Show all posts
jpj lelong pun dh kowteem dgn used car cisss..yg dh barai brg kena tanggal yg dijual kt org awam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.047765 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list