CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 434|Reply: 0

[Pulau Pinang] Guna nombor plat palsu elak bayar hutang bank

[Copy link]
Post time 31-1-2022 03:16 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Adenan Md Isa (dua dari kiri) memeriksa motosikal yang ditahan ketika Op Khas Motosikal sempena Ops Tahun Baru Cina 2022 di laluan motosikal Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang di sini. - Foto NSTP/Danial Saad

GEORGETOWN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengambil tindakan terhadap 334 penunggang motosikal kerana pelbagai kesalahan dalam operasi empat jam malam tadi.

Tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh antara kesalahan paling tinggi direkodkan dalam Op Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Juru dan Jambatan Pulau Pinang bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam tadi.

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa, berkata pihaknya juga turut mengambil tindakan mahkamah terhadap dua penunggang motosikal kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu, tiada perlindungan insurans, cukai jalan tamat tempoh dan tiada lesen memandu.

Katanya, tindakan mahkamah diambil kerana kesalahan itu amat serius dan memberi masalah kepada pemilik asal nombor pendaftaran termasuk menyukarkan proses tuntutan insurans sekiranya berlaku kemalangan.

"Siasatan kita mendapati seorang penunggang menggunakan nombor pendaftaran palsu dengan tujuan ingin mengelak membayar hutang bank," katanya pada sidang media malam tadi.

Beliau berkata dalam operasi selama empat jam itu pihaknya memeriksa 538 motosikal dan daripada jumlah itu 334 diambil tindakan dengan mengeluarkan 369 notis atas pelbagai kesalahan.

Sementara itu, Adenan berkata, dalam operasi itu juga AADK menjalankan 15 ujian saringan air kencing yang mana seorang dikesan positif dadah.

"Pada masa sama, polis turut mengambil tindakan saman terhadap 35 penunggang motosikal manakala Jabatan Alam Sekitar juga mengeluarkan notis terhadap sembilan individu kerana bunyi bising," katanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.076653 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list