CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1050|Reply: 6

[Dunia] Kanak-kanak 9 tahun kudung zakar ketika menumbuk sayur

[Copy link]
Post time 30-1-2022 10:19 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak 9 tahun kudung zakar ketika menumbuk sayur

https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... ia-meninggal-dunia/

Oleh KOSMO!
30 Januari 2022, 6:16 pm


SEORANG kanak-kanak lelaki terpotong kemaluannya sendiri menggunakan alu dan lesung. - Zuma Press/PA Images

LIBREVILLE, GABON – Seorang kanak-kanak lelaki secara tidak sengaja dilaporkan memotong hujung kemaluannya sendiri menggunakan alu dan lesung ketika menumbuk sayur-sayuran, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang membantu ibunya menyediakan hidangan di rumah mereka di luar ibu negara Gabon, Libreville.  

Kanak-kanak berusia sembilan tahun itu dikejarkan ke hospital di Gabon selepas hujung kemaluannya terpotong ketika meletakkan alat tersebut antara dua pahanya.

Doktor-doktor terus membawanya ke bilik bedah bagi menentukan tahap kecederaannya setelah dia tiba di hospital dengan balutan yang berdarah di celah kangkangnya.

Hujung zakarnya tercabut dengan uretranya iaitu tiub yang menyalurkan air kencing didapati terputus dengan teruk.

Uretranya disambung menggunakan tiub dan kemaluannya kemudian dijahit semula setelah mangsa dibius.

Dia dilaporkan demam selama empat hari selepas pembedahan selesai dengan daging di sekeliling kemaluannya mencecah suhu 39 darjah Celsius.

Bagaimanapun, demamnya reda selepas rawatan dijalankan dan dia dibenarkan keluar dari hospital 25 hari kemudian.

Mangsa dilaporkan pulih sepenuhnya dengan kemaluannya kembali berfungsi secara normal setahun kemudian.

Kisah itu diterbitkan oleh doktor-doktor dari Hospital Pusat Libreville. – Agensi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2022 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduhai kesiannya...nak tolong mak jadi begini pulak...nasib baik berfungsi balik
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngilu baca berita ni..syukur dh baik semula
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat mcm sunat tu sikit je dah ngam dah bersunat budaknya.. skali putuih urat siap.. ngilu oi
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 08:50 AM | Show all posts
Jadi, maksudnya sudah tidak boleh berzakaria lagi lah?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 12:47 PM | Show all posts
Mangsa dilaporkan pulih sepenuhnya dengan kemaluannya kembali berfungsi secara normal setahun kemudian.

Khidmat masyarakat untuk acik2 yg malas membaca. Cerita tah dah berapa tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2022 12:51 PM | Show all posts
Salah board bukan isu semasa lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.055191 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list