SAR: Pasukan bomba menubuhkan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) bagi operasi SAR lelaki hilang di perairan Limau-Limauan Telaga di sini.
KUDAT: Seorang lelaki berumur 54 tahun dikhuatiri hilang semasa mencari ikan di perairan Limau-Limauan Telaga di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat Ishak Jabas berkata maklumat awal diperoleh daripada isteri mangsa yang melaporkan kejadian kepada pihak polis sebelum maklumat disalurkan kepada pihak bomba.
“Siasatan mendapati mangsa keluar sejak 18 Januari lalu untuk menangkap ikan di sekitar perairan terbabit dan belum kembali ke rumah sehingga semalam.
“Bertindak dengan kejadian seramai lima pegawai serta anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR),” katanya.
Beliau berkata operasi SAR giat dijalankan dan maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa.
utusanborneo.com.my/2022/01/27 |