BANTU: Mosar mengusung mangsa turun ke Timpohon Gate.
RANAU: Seorang pendaki wanita mengalami kekejangan otot serta kesejukan melampau semasa dalam perjalanan turun dari Gunung Kinabalu di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata bertindak dengan kejadian, Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) memberikan bantuan dalam kadar segera di lokasi.
“PBB Mosar memberikan rawatan awal dengan bantuan oksigen kepada mangsa serta memastikan suhu badan mangsa kembali normal.
“Mangsa kemudiannya diusung turun ke Timpohon Gate sebelum dibawa ke Hospital Ranau oleh kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bagi mendapatkan rawatan susulan,” katanya.
Beliau berkata operasi keseluruhan ditamatkan jam 4.05 petang.
utusanborneo.com.my/2022/01/27 |